| nitrogen | nitrogen | Kimia | Tiada | Unsur bukan logam dalam kumpulan VA (atau 15) jadual berkala, simbol N, nombor atom 7, berat atom 14.0, nombor pengoksidaan -3, +2, +3, +4, dan +5, takat beku -210°C, takat didih ‑195.5°C, berbentuk gas dwiatom, tidak berwarna, tidak berbau, tidak terbakar dan tidak membantu pembakaran, tidak reaktif, dan terdapat dua isotop, iaitu N-14 dan N-15. Hampir 78% kandungan udara terdiri daripada gas nitrogen. Nitrogen diperoleh secara penyulingan berperingkat udara cecair atau secara penguraian terma azida. Gas ini digunakan dalam penyediaan asid nitrik, ammonia, bahan letupan dan digunakan juga sebagai bahan penyejuk dan pengantioksida. |
| lysozyme | lisozim | Bioteknologi | Tiada | Enzim yang terlibat di dalam hidrolisis pada rangkaian N-asetilmuramil-α-(1-4)-N-asetil glukosamina dalam peptidoglikan. Enzim ini bersifat bakterisid dan mempunyai berat molekul 14 500 dengan nilai pH 11. Lisozim terdapat dalam putih telur, susu, air mata atau sel makrofaj polimorf. Lisozim dikenali juga sebagai enzim N-asetil muramidase. |
| nitrogen | nitrogen | Geologi | Tiada | Unsur bukan logam dalam kumpulan VA jadual berkala, simbol N, nombor atom 7, berat atom 14.0, takat beku -210øC, takat didih -195.5øC, berbentuk gas dwiatom, tidak berwarna, tidak berbau, tidak reaktif, tidak terbakar, dan tidak membantu pembakaran. |
| Gauss-Laguerre quadrature | kuadratur Gauss-Laguerre | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kaedah pengamiran keluasan fungsi dalam julat 0 � z � � dengan menggunakan anggaran polinomial Laguerre tertib n sebagai dengan w = fungsi pemberat, z = pemboleh ubah. Nilai n yang sesuai untuk mencapai kejituan yang tinggi untuk fungsi bertertib (2n + 1) bagi polinomial �(z) ialah 1, 2, 3, 4, 5, 9, dan 14. |
| activity of daily living | aktiviti hidup harian | Kejururawatan | Tiada | Aktiviti normal yang dilakukan dalam kehidupan harian seseorang individu yang sihat. Menurut Virginia Henderson, aktiviti tersebut terbahagi kepada 14 seperti yang berikut, iaitu: (a) bernafas secara normal (b) makan dan minum secukupnya (c) perkumuhan secara normal (d) bergerak bebas dan mengekalkan postur yang betul (e) tidur dan rehat (f) berpakaian yang sesuai (g) pengekalan suhu badan normal (h) kebersihan dan keterampilan diri, dan melindungi kulit (i) mengekalkan keselamatan diri (j) berkomunikasi dan meluahkan emosi (k) mengamalkan kepercayaan agama (l) kepuasan diri (m) mengambil bahagian dalam aktiviti rekreasi (n) belajar dan sifat ingin tahu untuk memenuhi kepuasan perkembangan, dan kesihatan |