| Hoba meteorite | meteorit Hoba | Matematik | Tiada | Jisim meteorit tunggal terbesar di dunia, yang ditemui berhampiran dengan Grootfontein, Namibia pada tahun 1920. Terdiri daripada meteorit besi tidak menghasilkan kawah dan masih separuh terbenam di tempat asalnya. |
| administered territory | wilayah tadbir | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Sistem mandat yang diperuntukkan melalui artikel XXII (22) di bawah persetujuan Liga Bangsa. Sejarah sistem ini merupakan satu pertanggungjawaban sesebuah negara untuk mengurus tadbir wilayah bekas jajahan. Urus tadbir wilayah ini diserahkan di bawah tanggungjawab negara tertentu melalui amanah Liga Bangsa. Contohnya, pada tahun 1920, Afrika Selatan di bawah mandat ini diberikan tanggungjawab untuk mentadbir Barat Daya Afrika (Namibia). Objektif asas sistem ini adalah untuk merancang dan mengukuhkan pembangunan wilayah yang masih lagi dianggap belum bersedia berdikari. Negara yang diberi mandat akan memegang autoriti pentadbiran wilayah sehingga wilayah tersebut bersedia untuk mentadbir sendiri menurut ketetapan Liga Bangsa. |