Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anesthetistpakar anestesia/pakar biusPerubatanTiadaOrang yang berkelayakan untuk mengendalikan anestetik atau ubat bius.
entitled personorang berhakPentadbiran PerniagaanTiadaOrang yang berkelayakan dan diberi hak untuk membuat sesuatu keputusan bagi pihak pentadbiran pos.
architectarkitekKesenianSeni BinaOrang yang berkelayakan dari segi akademik dan ikhtisas untuk mereka bentuk bangunan atau binaan lain bagi pelbagai tujuan tertentu. Arkitek juga bertanggungjawab untuk mengawasi dan memperakukan kerja binaan bangunan yang direkanya sehingga siap untuk dihuni. Arkitek merupakan orang yang dipertanggungjawabkan di bawah peruntukan perundangan terhadap kekukuhan struktur binaan dan keselamatan penghuni yang mendiami bangunan berkenaan.
arbitration tribunaltribunal timbang taraUndang-undangUndang-undang AntarabangsaBadan yang dianggotai oleh lebih daripada seorang individu yang berkelayakan terutamanya dalam bidang undang-undang. Badan ini bertanggungjawab membuat keputusan bagi menyelesaikan pertikaian antara pihak yang bertelingkah. Jumlah anggota tribunal perlu dalam jumlah yang ganjil, contohnya tiga atau lima orang. Cara pemilihan anggota tribunal boleh ditentukan oleh perjanjian timbang tara antara pihak yang bertikai atau berdasarkan kaedah prosedur timbang tara. Dalam timbang tara antara negara, pihak yang bertelingkah boleh mencadangkan anggota dari negara masing-masing tetapi mereka mesti bersetuju melantik anggota berkecuali bagi menganggotai tribunal tersebut. Jika pihak yang bertelingkah gagal mencapai persetujuan, perjanjian timbang tara boleh memberikan kuasa melantik kepada pihak ketiga.

Kembali ke atas