Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ex parteex parteUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerintah yang dibuat tanpa kehadiran orang yang berkepentingan. Contohnya, permohonan ex parte, iaitu permohonan yang dikemukakan oleh satu pihak sahaja (plaintif) dalam suatu prosiding guaman untuk mendengar kes tanpa kehadiran pihak yang satu lagi (defendan). Istilah ini berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud satu pihak sahaja.
backgroundersmaklumat latarKomunikasiKorporatPenulisan yang disediakan dan terdapat dalam kit media. Penulisan ini boleh dipersembahkan dalam pelbagai bentuk, seperti laporan, rencana, dan penulisan kritikan. Contoh kandungan penulisan maklumat latar ialah sejarah organisasi, laporan penyelidikan, laporan pemasaran, dan maklumat mendalam mengenai sesuatu acara atau majlis yang diurus oleh organisasi. Penyediaan maklumat latar dalam bentuk ini memudahkan pengguna untuk memahami organisasi atau sesuatu peristiwa. Bahan ini disediakan dalam pelbagai bentuk dan rekaan, seperti lembar, siaran berita, risalah, majalah tahunan, dan terbitan lain yang dianggap membantu meningkatkan kefahaman khalayak terhadap organisasi. Pada peringkat awal, pendekatan menggunakan maklumat latar ini adalah untuk menyebarkan maklumat kepada media. Kemudian, kaedah ini digunakan sebagai alat perhubungan awam untuk menyebarkan maklumat kepada pelawat, orang yang berkepentingan, dan pihak awam.
tribunaltribunalPentadbiranPentadbiran Awam

Badan atau orang yang menjalankan fungsi kehakiman di luar sistem kehakiman biasa. badan kehakiman ini ditubuhkan bertujuan untuk menyiasat dan mengadili sesuatu kes tertentu. Badan ini adalah sebuah badan yang bebas dan tidak boleh dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan dalam menjalankan tugasnya. Ia turut berfungsi sebagai badan penyiasat dan membuat keputusan terhadap kes yang difailkan. Sebagai contoh, Tribunal Tuntutan Pengguna ditubuhkan untuk mendengar dan mengadili tuntutan pengguna yang difailkan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999. Tribunal ini menjadi satu saluran atau kemudahan alternatif kepada pengguna untuk menuntut ganti rugi dan pampasan daripada seseorang pembekal atau pengilang dengan jumlah amaun yang dituntut tidak melebihi RM25,000.00 (2005).

judicial independencekebebasan kehakimanPentadbiranPentadbiran Awam

Prinsip asas badan kehakiman yang tidak terpengaruh dengan pihak tertentu khususnya badan eksekutif, badan perundangan dan pihak yang berkepentingan di dalam sesuatu pengadilan. Kebebasan ini bertujuan untuk menjamin keadilan dan memastikan hak orang ramai dilindungi. Bidang kuasa badan ini merangkumi tugas mentafsir perlembagaan dan undang-undang negara, menjalankan pengadilan di mahkamah serta mentafsir dan mengesahkan sesuatu tindakan kerajaan. Ia juga merupakan badan pengimbang kuasa di antara badan eksekutif dan perundangan. Setiap keputusan badan kehakiman perlu dihormati oleh semua pihak. Hanya Yang di-Pertuan Agong yang berhak meminda keputusan yang telah dibuat oleh badan ini. Ia menjadi sumber rujukan sekiranya berlaku konflik dan persaingan kuasa antara pihak tertentu seperti di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri atau di antara dua kerajaan negeri.

official statementpenyataan rasmiKomunikasiKorporatPenyataan bertulis yang mengandungi maklumat bagi menjelaskan keadaan atau pendirian sesebuah organisasi terhadap isu yang melibatkan kepentingan organisasi dan orang ramai. Penyataan ini dikeluarkan dan diumumkan oleh pihak pengurusan tertinggi organisasi untuk diserahkan kepada pihak berkuasa tertentu atau kepada media, atau kepada pihak berkepentingan bagi memastikan kewibawaan kenyataan yang dikeluarkan. Cara ini boleh mengelakkan berlakunya percanggahan maklumat dalam kalangan orang ramai. Penyataan rasmi boleh disediakan oleh pihak pengurusan dalam atau melalui khidmat perunding perhubungan awam. Contohnya, apabila berlaku kenaikan paras air di sesuatu kawasan takungan air yang boleh mencapai tahap bahaya kepada penduduk sekitar, maka penyebaran maklumat tersebut hanya boleh dibuat oleh pihak pengurusan atasan dalam bentuk penyataan rasmi.
public opinionpendapat umumKomunikasiKorporatPendapat yang dibentuk dan dipercayai oleh orang ramai tentang sesuatu isu atau perkara. Pendapat awam ini mengandungi unsur pernyataan yang diterima sebagai benar, berkaitan dengan khalayak umum dan berkepentingan kepada mereka pada sesuatu masa. Secara umumnya, pendapat yang terbentuk dalam kalangan individu sesuatu masyarakat tidak berbeza antara satu sama lain. Kecenderungan ini membentuk satu pendapat umum yang serupa. Pendapat umum biasanya terbentuk akibat pendedahan khalayak terhadap sesuatu isu atau keadaan yang disiarkan melalui media cetak atau media elektronik. Oleh itu, media kerap digunakan sebagai alat untuk mempengaruhi khalayak supaya berlakunya pemindaan dan perubahan sesuatu arah pendirian awam terhadap sesuatu isu. Kesan hebahan tersebut membolehkan individu dalam masyarakat membentuk pendapat masing-masing. Pendapat umum kerap digunakan oleh pihak tertentu untuk mendapatkan persetujuan bersama yang berkaitan dengan aspek politik, ekonomi, atau sosiobudaya. Dalam bidang perhubungan awam, k
green building indexindeks bangunan hijauTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauKaedah penarafan metrik pada bangunan hijau untuk menggalakkan kemampanan dalam alam sekitar yang direka bentuk. Kaedah ini akan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pihak berkepentingan seperti pemaju, arkitek, jurutera, perancang, kontraktor dan orang awam mengenai isu alam sekitar dan tanggungjawab terhadap generasi akan datang.

Kembali ke atas