| biological pump | pam biologi | Sains Marin | Tiada | Proses pemencilan atau pengasingan karbon (karbon dioksida) secara biologi daripada atmosfera ke dalam sistem lautan. Pam biologi merupakan proses utama dalam kitaran karbon global, dan penting dalam pengawal aturan karbon dioksida atmosfera. Pam biologi melibatkan tiga fasa utama, iaitu penetapan karbon oleh organisma autotrof melalui fotosintesis, pengumpulan karbon ke dalam sedimen apabila organisma mati dan seterusnya mineralisasi semula karbon di dalam sedimen untuk digunakan dalam penghasilan primer lautan. Karbon yang tidak dimineralisasi semula, kekal dalam sedimen dan komponen ini penting dalam merendahkan jumlah karbon dioksida di atmosfera. |
| supercritical fluid extraction | pengekstrakan bendalir lampau genting | Herba | Tiada | Kaedah mengeluarkan komponen terlarut daripada bahan herba berbilang komponen dengan menggunakan bendalir lampau genting pada suhu dan tekanan rendah. Bendalir lampau genting seperti gas karbon dioksida atau nitrogen meresap melalui bahan pepejal herba dan melarutkan komponen dalam bahan herba. Contohnya, penyahkafeina daripada kopi (Coffea arabica) dan pengasingan kurkumin daripada kunyit (Curcuma domestica). |