Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tani
Kata Terbitan : bertani, pertanian, petani,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
vertical farmingpertanian menegakPertanianAgroteknologiSatu konsep pertanian yang melibatkan tanaman makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan ditanam dalam bangunan bertingkat-tingkat seperti bangunan pencakar langit. Sistem tanaman tanpa tanah seperti hidroponik diamalkan dan faktor persekitaran seperti suhu, kelembapan dan panjang siang dikawal untuk memberikan suasana yang menggalakkan pertumbuhan tanaman. Pertanian seperti ini masih lagi di peringkat konsep sahaja dan dorongan mengamalkan sistem ini adalah untuk mendekatkan lokasi pengeluaran tanaman makanan berhampiran dengan kediaman penduduk bandar. Dijangka peratus penduduk yang tinggal di bandar akan meningkat kepada 80%.
vertical integrationintegrasi menegakPertanianTiadaTiada
vertical axispaksi menegakPertanianTiadaTiada
plant heightketinggian tanamanPertanianAgronomi

Ukuran menegak batang atau sulur tanaman dari pangkal pokok sehingga pucuk atau sebaliknya.

cormumbiPertanianAgronomi

 Batang tumbuhan yang terubah suai, terletak pada pangkal tumbuhan di bawah tanah seperti keladi dan pokok pisang. Umbi tumbuh menegak dan mengandungi nod serta daun nipis yang kering. Akar keluar daripada nod pada umbi. Fungsi umbi ialah sebagai organ simpanan makanan. Umbi boleh digunakan sebagai benih untuk penanaman tampang. 

Helminthostachys zeylanicaTunjuk langitPertanianTiadaSejenis paku-pakis dalam famili Ophioglossaceae, juga dikenali sebagai paku jelai. Tumbuhan ini mempunyai stuktur daun berbentuk jari. Sporofil terbit di bahagian tengah dan menegak ke atas seperti menunjuk ke langit. Sporofil pada tumbuhan ini mengandungi spora untuk pembiakan. Paku-pakis ini biasanya tumbuh liar di kebun getah. Air rebusan digunakan untuk mengembalikan tenaga, afrodisiak, mengurangkan batuk dan cirit-birit.
Senna alataGelenggangPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Fabaceae ini juga dikenali sebagai gelenggang padang dan gelenggang kasar. Tumbuhan ini jenis renik. Daunnya jenis pinat mengandungi 10-12 pasang anak daun. Anak daun tersusun bertentang. Jambak bunganya tumbuh menegak di bahagian terminal. Bunganya berwarna kuning. Buahnya jenis lenggai mempunyai struktur seperti sayap. Bijinya berbentuk segi tiga. Pokok ini tumbuh liar di kawasan semak. Daunnya mengandungi asid krisofanik dan beberapa jenis antrakuinon, glikosid, fiskion, kempferol, aloe emodin krisofanol, deoksikoelutin, senosid, rein, sitosterol, isokrisofenol dan dihidro-3-hidroksiantron. Daunnya digunakan secara luaran untuk merawat kurap, kayap, gatal, edema, ekzema dan gigitan serangga. Kulit pokok digunakan sebagai tampalan untuk merawat kayap dan bengkak. Air rebusan daun, bunga, akar atau kayu diminum sebagai pelawas. Bijinya digunakan untuk merawat kurap dan kecacingan.

Kembali ke atas