Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pusat (kata nama)
Bersinonim dengan punca, tumpuan, pangkalan, sasaran;,
Kata Terbitan : berpusat, memusatkan, pemusatan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pork-barrel legislationundang-undang pork-barrelSains PolitikPolitik PerbandinganUsul legislatif yang diluluskan bagi memperuntukkan perbelanjaan kerajaan untuk melaksanakan projek-projek dalam kawasan pilihan raya tertentu. Melalui undang-undang ini, anggota dewan berusaha membawa projek ke kawasannya seperti projek pangkalan tentera, kemudahan pengangkutan, pusat pentadbiran daerah, hospital besar atau universiti untuk memastikan kawasannya menjadi lebih maju. Secara tidak langsung projek ini memberi prospek untuk wakil rakyat kawasan tersebut terpilih dalam pilihan raya akan datang. Usul ini biasanya turut disokong oleh anggota lain dalam dewan perundangan. Undang-undang pork-barrel juga sering dirujuk dalam konteks politik Amerika Syarikat.
administrative districtdaerah pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

Lingkungan sesebuah kawasan pemerintahan di sesebuah negeri yang mempunyai sempadan tertentu untuk melaksanakan fungsi pentadbiran negeri. Asas penubuhan pentadbiran daerah adalah untuk melaksanakan fungsi tadbir urus bagi kawasan yang jauh dari pusat pentadbiran. Namun kini pentadbiran daerah dibentuk bagi menghasilkan pengurusan yang lebih cekap dan berkesan. Setiap daerah pentadbiran akan diketuai oleh seorang Pegawai Daerah.

district administration systemsistem pentadbiran daerahPentadbiranPentadbiran Awam

Cara atau kaedah pemerintahan bagi sesuatu kawasan khas yang terletak di bahagian-bahagian tertentu di bawah Kerajaan Negeri. Asasnya sistem pentadbiran daerah diperkenalkan oleh pihak Inggeris sejak tahun 1874 lagi bagi mentadbir negeri yang mempunyai kawasan yang luas dan jauh dari pusat pentadbiran negeri. Pentadbiran peringkat daerah mempunyai organisasi tersendiri yang diketuai oleh Pegawai Daerah. Di bawah pentadbiran satu-satu daerah terdapat beberapa buah mukim dan di bawah mukim pula terdapat beberapa buah kampung. Ketua di peringkat mukim ialah Penghulu manakala ketua di peringkat kampung ialah Ketua Kampung. Pegawai Daerah bertanggungjawab menyelaras dan mengawasi segala bentuk pelaksanaan aktiviti serta pentadbiran Penghulu dan Ketua Kampung. Sistem pentadbiran daerah diwujudkan sebagai badan penghubung antara rakyat dengan Kerajaan Negeri.

district administrationpentadbiran daerahPentadbiranPentadbiran Awam

Pusat pemerintahan bagi sesuatu kawasan yang mempunyai sempadan tertentu di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri. Pejabat utama yang bertanggungjawab menjalankan pentadbiran di peringkat ini ialah Pejabat Daerah dan Tanah yang diketuai oleh Pegawai Daerah. Peringkat daerah merupakan peringkat bagi kebanyakan projek yang dirancangkan di peringkat Persekutuan dilaksanakan dengan bantuan Jabatan atau Agensi Persekutuan dan Negeri. Pegawai Daerah berperanan sebagai penyelaras aktiviti pembangunan di peringkat daerah merangkumi perkara-perkara berikut iaitu, (i) Mewujudkan keamanan dan ketenteraman, (ii) Memastikan pembangunan daerah dari segi ekonomi, sosial, pendidikan, kesihatan dan lain-lain serta (iii) Memastikan masyarakat di luar bandar menyertai kegiatan ekonomi moden.

administrative districtdaerah pentadbiranSains PolitikTiadaLingkungan sesuatu wilayah, kawasan atau daerah di bawah satu pusat pengurusan pemerintahan tempatan.
decentralizationpemencaranSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pentadbiran kerajaan yang mengamalkan kaedah pembahagian kuasa antara pentadbiran pusat, negeri dan daerah. Sistem ini mengamalkan konsep pemberian autonomi dalam hal-hal tertentu oleh pentadbiran pusat kepada peringkat yang lebih bawah. Penurunan autonomi ini dibuat untuk melicinkan pentadbiran supaya lebih kemas dan cekap. Kaedah penyahpusatan ini bukan sahaja wujud di peringkat antara kerajaan tetapi sudah menular ke peringkat pentadbiran organisasi atau birokrasi. Sebagaimana di peringkat kerajaan, penyahpusatan di peringkat birokrasi juga bertujuan melicinkan dan menambahkan kecekapan sistem pentadbiran. Melalui penyahpusatan, jabatan atau bahagian dapat membuat keputusan yang terbaik tanpa perlu merujuk kepada bahagian yang lebih tinggi dan ini sekali gus dapat mengurangkan karenah birokrasi. Contohnya, sistem pentadbiran awam di Malaysia yang mengamalkan pemencaran dalam amalan birokrasi. Sinonim penyahpusatan.
Municipal CouncilMajlis PerbandaranPentadbiranTiadaBadan pentadbiran kerajaan tempatan yang ditubuhkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, yang menjadi pusat pentadbiran bagi sesebuah daerah. Kuasa pentadbirannya terletak di bawah peruntukan kerajaan negeri. Kriteria asas yang perlu bagi penubuhan badan ini ialah hasil pendapatan tahunannya melebihi RM5 juta dan jumlah penduduk melebihi 100,000 orang. Majlis ini bertanggungjawab di dalam merancang dan membangunkan hal ehwal tempatan di bawah bidang kuasanya. Majlis ini diketuai oleh seorang Yang Dipertua dan dibantu oleh tidak kurang daripada lapan orang serta tidak melebihi 24 orang ahli. Contoh majlis perbandaran ialah Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
political decentralizationdesentralisasi politikPentadbiranPentadbiran Awam

Kaedah pentadbiran yang menurunkan kuasa daripada kerajaan pusat kepada kerajaan negeri dan tempatan. Usaha ini akan menjana kewibawaan pentadbiran di peringkat lokal apabila mereka memiliki autoriti sendiri untuk melaksanakan bidang kuasa. Pemencaran kuasa ini boleh menghasilkan kerja yang lebih cekap apabila kerajaan pusat tidak lagi dibebani dengan pelbagai tanggungjawab. Kerajaan tempatan seperti majlis daerah atau majlis perbandaran akan memainkan peranan penting bagi menguruskan hal ehwal mereka seperti urusan pengutipan cukai, kemudahan awam, infrastruktur, kebersihan, kesihatan dan perumahan.

intragovernmental coordinationpenyelarasan dalam kerajaanPentadbiranPentadbiran Awam

Koordinasi pentadbiran di pelbagai peringkat kerajaan bermula dari kerajaan pusat, kementerian, negeri, jabatan, agensi kerajaan hingga ke peringkat daerah dan mukim. Penyelarasan dalaman ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan pentadbiran, perkhidmatan, penjimatan perbelanjaan serta masa dan memperbaiki kualiti produk. Penyelarasan hanya boleh dibuat apabila wujud kefahaman tentang peranan dan bidang tugas setiap peringkat kerajaan. Satu mekanisme khas diwujudkan bagi melicinkan penyelarasan ini seperti penubuhan Jawatankuasa Perhubungan Antara Negeri.

politics of local governmentpolitik kerajaan tempatanPentadbiranPentadbiran Awam

Persaingan politik yang wujud pada peringkat lokal tanpa melibatkan peringkat negeri atau pusat. Politik peringkat ini berlegar sekitar persoalan tanah dan pembahagian tanah, lesen, kontrak dan tender, kemudahan awam, infrastruktur dan keselamatan kawasan tempatan. Jabatan kerajaan yang sering terlibat dengan politik peringkat ini ialah Jabatan Kerja Raya, Pejabat Daerah dan Tanah, Pejabat Agama dan sebagainya.

12

Kembali ke atas