| drainage systems | sistem perparitan | Pertanian | Agroteknologi | Sistem yang dibina untuk mengumpul dan menyalirkan air supaya tidak berlakunya kawasan banjir apabila hujan lebat. Sistem ini terdiri daripada rangkaian longkang, parit, paip dan saliran yang mengumpulkan air serta menyalirkannya ke sungai atau laut. Bagi kawasan tanah gambut, sistem perparitan digunakan untuk mengawal paras air di dalam tanah supaya keasidan tanah sesuai untuk tanaman. Bagi tanaman padi pula, sistem perparitan boleh membantu mengawal masa untuk membanjirkan dan mengeringkan kawasan tanaman. |