| الاقرار | ikrar | Agama Islam | Hadith | Persetujuan Rasulullah s.a.w. terhadap perbuatan atau perkataan para sahabat secara diam atau tanpa dibantah oleh baginda. |
| الاقرار الحكمى | ikrar hukmiy | Agama Islam | Hadith | Persetujuan Rasulullah s.a.w. terhadap perbuatan yang berlaku pada zamannya yang tidak diketahui secara jelas, sepatutnya baginda mengetahuinya. |
| الاقرار الحقيقي | ikrar hakiki | Agama Islam | Hadith | Persetujuan Rasulullah s.a.w. terhadap perbuatan sahabat yang diketahui oleh baginda. |
| القربى (ذوى القربى) | kerabat terdekat | Agama Islam | Fiqh | Keluarga Rasulullah yang terdekat (Bani Hasyim dan Bani Mutalib). |
| الصفة الخلقية | sifat kejadian | Agama Islam | Hadith | Sifat kejadian Rasulullah s.a.w. |
| القدسى | Ḥadīth Qudsiy | Agama Islam | Hadith | Ḥadīth yang disandarkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada Allah s.w.t. |
| علم الحديث | ilmu Ḥadīth | Agama Islam | Hadith | Bidang ilmu yang mengkaji Ḥadīth Rasulullah s.a.w. |
| الموضوع | Ḥadīth palsu | Agama Islam | Hadith | Ḥadīth yang direka atau diada-adakan terhadap Rasulullah s.a.w. |
| الخمس | seperlima | Agama Islam | Fiqh | Satu perlima (1/5) bahagian daripada harta fai’ untuk Rasulullah s.a.w. |
| المرسل | mursal | Agama Islam | Hadith | Ḥadīth yang diriwayatkan dengan sanad tanpa disebut sahabat yang meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. secara langsung. |