| spatial computing | pengkomputeran reruang | Teknologi Maklumat | Tiada | Gabungan dunia digital dan fizikal dengan menggunakan teknologi kecerdasan buatan, realiti maya (VR) dan realiti terimbuh (AR) untuk membolehkan pengguna berinteraksi dengan komputer. |
| space frame | rangka reruang | Alam Bina | Tiada | Rangka yang anggota-anggotanya tidak terletak dalam satu satah. |
| zone | zon | Kesenian | Hiasan Dalaman | Pembahagian atau pembentukan reruang dalam proses reka bentuk yang melibatkan isi padu dan elemen menegak. |
| geodetic construction | binaan geodesi | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Binaan kerangka reruang yang menggunakan kaedah tegasan kulit, khususnya dalam rekabentuk struktur kapal terbang. |
| parity | pariti | Kejuruteraan | Tiada | 2. Sifat simetri suatu fungsi gelombang reruang. |
| space frame | kerangka ruang | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Kerangka yang menggunakan ciri-ciri reruang sebagai asas perkiraan dalam analisis. Struktur jenis ini lebih sesuai untuk keluli yang mempunyai rentang yang lebar. |
| housing policy | dasar perumahan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Dasar yang menyentuh tentang pembangunan perumahan serta petempatan orang ramai dalam sesebuah negara. Ia berkait rapat dengan penilaian eknomi dan sosial khususnya dari sudut harganya, pasarannya, persaingan mendapatkannya serta agihannya. Dasar ini juga melibatkan pemerhatian terhadap impak perumahan kepada reruang, kesesakan dan akses kepada kemudahan awam, impak kepada alam sekitar dengan pembukaan tanah, kelonggaran kepada golongan termiskin dan perkembangan permintaan. Dasar perumahan yang baik akan cuba mengawal perkembangannya supaya tidak memberi kesan sampingan yang negatif serta cuba memberi kemudahan kepada golongan ramai atau bawahan. |