| risk based thinking | pemikiran berasaskan risiko | Pengurusan | Perancangan | Suatu cara berfikir tentang kesan daripada keputusan atau tindakan yang diambil, yang mungkin akan menjejaskan operasi organisasi. Risiko bermakna sesuatu kemungkinan yang akan berlaku dan memberikan kesan negatif atau bencana kepada organisasi. Pemikiran berasaskan risiko diperlukan supaya pembuat keputusan akan lebih bersedia untuk mengatasi masalah sekiranya menghadapi situasi yang boleh memudaratkan organisasi. Contohnya, sebuah bank perdagangan yang merancang untuk memastikan langkah perlindungan dan pemulihan dilaksanakan bagi menyelamatkan operasi perniagaaan sekiranya berlaku bencana seperti banjir besar. |
| environmental risk | risiko alam sekitar | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Kemungkinan ancaman atau potensi kesan buruk terhadap organisma hidup dan alam sekitar melalui aktiviti antropologi dan bencana alam. Contohnya, pelepasan sisa industri, pembakaran hutan, gempa bumi dan banjir. |