Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
senarai (kata nama)
Bersinonim dengan daftar, lis, faharasat, indeks, katalog, jadual, susunan, catatan;,
Kata Terbitan : menyenaraikan, tersenarai, penyenaraian,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
concurrent listsenarai bersamaUndang-undangTiadaTiada
central governmentkerajaan pusatPentadbiranPentadbiran Awam

Institusi pemerintah peringkat tertinggi yang terdapat dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem persekutuan. Kerajaan pusat mempunyai kuasa yang besar mengatasi kuasa yang ada pada kerajaan negeri mahupun kerajaan tempatan dan menjadi pusat rujukan bagi pentadbiran negara. Kuasa kerajaan pusat diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan seperti yang termaktub dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama. Kuasa ini biasanya meliputi hal ehwal luar negeri, pertahanan, kewangan, perdagangan antarabangsa dan keselamatan dalam negeri. Kerajaan pusat di Malaysia mempunyai struktur pentadbiran yang sistematik, terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Kabinetnya, Parlimen dan Kehakiman.

federalismfederalismeSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pemerintahan atau pentadbiran negara yang terbahagi kepada dua peringkat kerajaan iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Dalam sesebuah negara yang memiliki banyak wilayah, pembahagian ini dibuat kerana wilayah-wilayah tersebut mahukan autonomi dalam bidang tertentu. Sistem ini mengutamakan hak autonomi bagi golongan minoriti dan wilayah yang terpisah. Perlembagaan dalam sistem ini membahagikan kuasa negeri dan kuasa pusat kepada dua senarai yang berbeza. Kerajaan pusat biasanya menguasai bidang yang penting seperti hal-ehwal luar, keselamatan dalam negeri, kewangan dan pendidikan, manakala kerajaan negeri menguasai bidang-bidang seperti kebudayaan, sumber alam, tanah, cuti am dan agama. Namun begitu, terdapat juga sistem persekutuan yang mewujudkan senarai bersama iaitu bidang kuasa yang dikongsi antara kerajaan pusat dan negeri. Contohnya Malaysia, Kanada, India dan Australia. Sinonim faham persekutuan.
frequency distributiontaburan kekerapanMatematikTiadaJadual/senarai yang menunjukkan susunan nilai-nilai data bersama-sama kekerapan (iaitu bilangan kali setiap nilai berlaku).
alphabetic subject indexindeks perkara berabjadPerpustakaanTiadaSenarai subjek yang disusun menurut abjad, dalam skema pengelasan buku atau katalog berkelas, bersama-sama dengan rujukan tempat di mana setiap subjek tersebut terdapat.
pharmacopoeiafarmakopeiaHerbaFitokimiaKarya berautoriti mengenai drug dan penyediaannya dalam bentuk buku. Karya ini mengandungi senarai bahan yang digunakan dalam ubat bersama deskripsinya, ujian kimia untuk menentukan identiti dan ketulenannya, formula bagi campuran tertentu zat, serta keterangan mengenai purata dos. Karya ini boleh digunakan sebagai rujukan untuk menghasilkan sediaan herba yang piawai.
bouncebacksertaan tawaranKomunikasiKorporatTawaran tambahan yang dibuat kepada pengguna yang bertindak balas terhadap tawaran asal yang dibuat oleh syarikat. Tawaran ini disertakan bersama dengan barangan asal yang telah dipesan. Strategi penjualan barangan dengan cara ini berjaya kerana: (i) Syarikat berjaya mengenal pasti kecenderungan minat pengguna terhadap sesuatu jenis barangan. (ii) Syarikat berupaya memperkenalkan lebih banyak pilihan jenis barangan dan perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna. (iii) Syarikat boleh mendapatkan tambahan senarai pelanggan yang bekecenderungan tinggi menjadi pelanggan tetap syarikat. Selain tawaran barangan tambahan, pengguna kerap juga ditawarkan dengan ganjaran lain dalam bentuk kupon potongan harga, tawaran keahlian istimewa, hadiah, tawaran cabutan nombor bertuah dan sebagainya.

Kembali ke atas