| niyabah shar‘iyyah ijbariyyah | wakil syarak dengan paksaan | Perniagaan Islam | Tiada | Individu yang dilantik oleh syarak atau mahkamah untuk menjalankan urusan tertentu yang diharuskan oleh syarak bagi pihak orang yang tidak sempurna kelayakannya. Contoh pelantikan oleh syarak ialah bapa sebagai wakil pengawasan dan pengurusan bagi anaknya (sultah asliyyah) dan pelantikan oleh mahkamah ialah wasi sebagai wakil pengawasan dan pengurusan bagi individu kanak-kanak (sultah niyabiyyah). Kuasa pengawasan ini terbahagi kepada dua, iaitu wilayah ‘ala nafs dan wilayah ‘ala mal. |
| niyabah shar‘iyyah ikhtiyariyyah | wakil syarak dengan pilihan | Perniagaan Islam | Tiada | Wakil yang dilantik untuk menjalankan urusan tertentu yang diharuskan oleh syarak bagi pihak pewakil. Wakil dan pewakil mempunyai pilihan untuk menerima pewakilan. Wakil yang dilantik mempunyai kelayakan untuk berakad dalam urus niaga bagi pihak pewakil. |
| talaf shar‘i | kerosakan diharuskan syarak | Perniagaan Islam | Tiada | Kerosakan yang berlaku terhadap barangan, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian yang dibenarkan oleh syarak. Contohnya, tindakan pihak berkuasa memusnahkan barangan rampasan seperti mesin judi, cakera padat lucah dan bahan cetak rompak. |
| talaf | kerosakan | Perniagaan Islam | Tiada | Kerosakan yang berlaku terhadap sesuatu harta. Talaf boleh terjadi sama ada melalui afah samawiyyah, iaitu kejadian alam atau melalui perbuatan makhluk. Contoh kerosakan akibat kejadian alam ialah tsunami, gempa bumi atau kerosakan makanan disebabkan kulat atau bakteria. Contoh kerosakan akibat perbuatan makhluk pula ialah vandalisme. Kerosakan melalui perbuatan makhluk terbahagi kepada dua, iaitu talaf hissi dan talaf shar‘i. Sinonim fasad Lihat juga talaf hissi, talaf shar‘i. |