| neighbourhood park | taman kejiranan | Landskap | Tiada | Kawasan berlandskap seluas tiga hingga 12 hektar yang terdapat di suatu kawasan kejiranan. Taman ini menyediakan kemudahan kepada 5 ,000 hingga 20,000 penduduk untuk menjalankan aktiviti sukan dan rekreasi pasif. |

| neighbourhood restoration | pemulihan kejiranan | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Satu kaedah pencegahan jenayah untuk menyelesaikan masalah persekitaran dan kemasyarakatan di sesuatu kawasan kejiranan. Contohnya, penyediaan taman permainan di kawasan kejiranan yang berpendapatan rendah bagi menggalakkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang sihat sekali gus mengelakkan keterlibatan mereka daripada tingkah laku melencong. |
| neighbourhood landscape | landskap kejiranan | Landskap | Tiada | Persekitaran kawasan perumahan seluas 0.5 hektar hingga 15 hektar yang mengandungi kawasan lapang awam, taman dan padang permainan. |