| garden city | bandar taman | Kesenian | Seni Bina | Sebuah kawasan yang dirancang secara teliti untuk pembangunan sebuah bandar berkomuniti kendiri yang dikelilingi oleh persekitaran hijau untuk pertanian, dan sebahagian yang lain dibangunkan untuk kediaman dan perindustrian. Contohnya, bandar Putrajaya yang telah dibangunkan daripada konsep bandar taman. Lihat juga gerakan bandar taman. |
| rooftop garden | taman bumbungan | Landskap | Tiada | Kawasan hijau yang ditanam di peringkat teratas bagi struktur perindustrian, komersial dan kediaman. |
| industrial landscape | landskap kawasan industri | Landskap | Tiada | Seni taman yang terdapat di kawasan perindustrian dan mempunyai ciri yang sesuai dengan kawasan tersebut seperti tahan kepada pencemaran asap dan minyak. Landskap ini biasanya menumpukan kepada aspek fungsi seperti teduhan dan penampan bunyi. |
| green belt | jalur hijau | Biologi | Ekologi | Kawasan tertentu yang tidak dibenarkan mendirikan bangunan atau rumah. Kawasan ini diwujudkan untuk memisahkan kawasan perindustrian daripada kawasan perumahan. Misalnya, Bukit Nanas dan Taman Tasik Perdana merupakan jalur hijau di Kuala Lumpur. |