Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tanda aras 1. (Tadb) sesuatu (piawai) yg di­gunakan utk membandingkan prestasi atau keluaran sesebuah organisasi dgn prestasi atau keluaran organisasi pesaing, dgn tujuan utk memperbaik mutu atau prestasi organisasi yg berkenaan; 2. (Geog) tanda rujuk yg digunakan sewaktu menjalankan tinjau selidik topografi; penandaarasan perbuatan menentukan tanda aras. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ist piawai yg digunakan utk membandingkan prestasi dsb sesebuah organisasi dgn prestasi dsb organisasi pesaing, dgn tujuan utk memperbaik prestasi organisasi tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanda
Kata Terbitan : petanda, pertanda, bertanda, menanda, menandai, menandakan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tanda aras AIAI benchmarkKecerdasan BuatanPerkhidmatanSet ujian standard yang digunakan untuk menilai dan membandingkan prestasi pelbagai sistem AI merentasi tugas dan domain tertentu. Tanda aras AI lazimnya terdiri daripada set data, tugasan penilaian dan metrik prestasi yang membolehkan penyelidik dan pembangun menilai keberkesanan model serta menentukan strategi penambahbaikan yang sesuai. Contohnya termasuk set data standard, metrik kualiti terjemahan seperti BLEU, dan model tahap pencapaian terkini (SOTA) yang digunakan sebagai rujukan prestasi.
benchmark testingujian tanda arasTeknologi MaklumatPerisianUjian yang digunakan untuk membuat perbandingan dengan merujuk piawaian yang sedia ada. Prestasi sesebuah sistem atau atur cara perlu diukur berdasarkan tanda aras yang telah ditetapkan dalam piawaian tersebut seperti mesra pengguna, mudah, ringkas dan efisien.
ZDpO (Ziff - Davis benchmark operation)ZDpO (pengendalian tanda aras Ziff-Davis)Teknologi MaklumatTiadaBahagian syarikat Ziff -Davis Publishing yang membangunkan dan menyokong atur cara tanda aras yang digunakan oleh majalah Ziff -Davis untuk menguji produk komputer.
benchmark testuji tanda arasTeknologi MaklumatTiadaProses menilai sesuatu perisian/perkakasan sama ada melepasi aras keupayaan minimum yang ditetapkan atau mengatasi prestasi perisian/perkakasan yang lain. Misalnya keupayaan komputer diuji sama ada mampu melepasi tanda aras ‘pemprosesan 24 jam terus menerus tanpa penyaman udara’.
benchmarktanda arasPertanianAgroteknologiContoh piawai yang digunakan sebagai bandingan untuk menentukan tahap prestasi sesuatu produk atau proses. Contohnya, penandaan logo �Malaysia Best� pada produk pertanian menentukan produk tersebut mempunyai kualiti yang diiktiraf berdasarkan ciri-ciri piawai yang telah ditentukan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Akreditasi SALM (Skim Amalan Ladang Malaysia) kepada sesuatu ladang menunjukkan ladang tersebut mencapai tanda aras yang telah ditetapkan dari segi amalan ladang yang baik.
Islamic benchmark bondbon tanda aras IslamEkonomiEkonomi IslamBon yang digunakan sebagai ukur rujuk bagi bon korporat Islam yang ingin diterbitkan. Bon ini mempunyai ciri-ciri khusus seperti boleh diurusniagakan secara aktif di pasaran peringkat kedua, kadar pulangannya ditentukan oleh pasaran dan dikeluarkan secara kerap dan berkala. Kerajaan Malaysia telah menjadikan bon khazanah sebagai bon tanda aras Islam di negara ini. Bon ini dikeluarkan mengikut prinsip murabahah. Tujuan bon ini diperkenalkan untuk menjadi pemangkin pasaran bon ringgit.
benchmarktanda arasPengurusanTiadaTiada
bench marktanda arasPenilaian Harta TanahTiadaTiada
bench marktanda arasKejuruteraanTiadaTiada
bench marktanda arasKomputerTiadaTiada
123456

Kembali ke atas