| municipal law | undang-undang munisipal | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Undang-undang yang terdapat dalam sesebuah negeri atau negara, berbeza daripada undang-undang antarabangsa. Meskipun undang-undang antarabangsa dan undang-undang munisipal mempunyai konstituensi yang berbeza, ada ketika tertentu prinsip-prinsip daripada kedua-dua cabang undang-undang ini bertembung. Contohnya, apabila suatu prinsip undang-undang antarabangsa dikemukakan untuk mempertahankan diri di mahkamah munisipal. Perlembagaan sesebuah negara menentukan sama ada prinsip undangundang antarabangsa boleh dipakai di mahkamah munisipal. Perlembagaan juga menentukan sama ada prinsip undangundang antarabangsa mengatasi undang-undang munisipal ketika pertembungan di antara undang-undang antarabangsa dan undang-undang munisipal. |
| deportation | penghantaran pulang | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Tindakan sesebuah negara menghantar pulang warga asing ke negara asalnya. Tindakan ini biasanya dilakukan terhadap warga asing tersebut yang telah melanggar undang-undang sesebuah negara. Walau bagaimanapun, dalam undangundang antarabangsa tidak ada sebarang alasan yang perlu diberikan bagi tindakan pengusiran ini. Contohnya, di United Kingdom, peraturan mengenai warga asing pada tahun 1953 memberi kuasa kepada Setiausaha Dalam Negeri untuk mengusir pihak asing keluar dari United Kingdom. Tindakan ini merupakan peraturan yang tidak boleh dicabar oleh sebarang pihak sekiranya tindakan tersebut dilaksanakan oleh sesebuah negara. |