| humblebrag | acah rendah diri | Umum | Tiada | Sifat seseorang yang berpura-pura merendah diri atau malu memberitahu orang lain tentang sesuatu yang dimiliki atau dicapainya dengan tujuan untuk membangga diri. |
| greenwashing | acah hijau | Alam Sekitar | Tiada | Pemanipulasian maklumat oleh sesebuah organisasi atau syarikat yang mendakwa produk atau operasinya mesra alam sekitar. |
| greenwashing | acah hijau | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Alam Sekitar | Pemanipulasian maklumat oleh sesebuah organisasi yang mendakwa produk atau operasinya mesra alam sekitar kepada orang awam. |
| teaser | iklan acah | Perdagangan | Tiada | Iklan awal dalam sesuatu kempen untuk menarik perhatian orang ramai dengan menimbulkan rasa ingin tahu tentang barangan yang akan diiklankan. |
| teaser | iklan acah/ cuitan | Komunikasi | Tiada | Tiada |
| task masking | acah tugas | Pentadbiran | Tiada | Perbuatan menampakkan diri sibuk di tempat kerja bagi mengelakkan perhatian negatif. |
| arm feint | tumbuk acah | Sukan | Tiada | Tumbukan pura-pura untuk mengelirukan pihak lawan. |
| probe lob | pukul petung acah | Sukan | Tiada | Pukul petung di antara kedudukan bertahan dan menyerang. |
| green hushing | diam hijau | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Alam Sekitar | Perihal organisasi yang sengaja tidak menguar-uarkan matlamat kemampanan untuk mengelakkan daripada disalah anggap, dituduh acah hijau atau dianggap gagal mencapai matlamat organisasi. |