| professional advertising | pengiklanan ikhtisas | Komunikasi | Korporat | Pengiklanan yang disasarkan kepada kumpulan ikhtisas, seperti doktor, jurutera, peguam, akauntan, dan arkitek. Kandungan iklan ini boleh dalam bentuk barangan atau perkhidmatan. Iklan dalam bentuk perkhidmatan adalah seperti penawaran khidmat ikhtisas lain yang boleh membantu kecekapan pengurusan kelompok tersebut. Antara perkhidmatan tersebut termasuklah perkhidmatan membaik pulih peralatan perubatan, perkhidmatan pakar perisian komputer, dan sebarang bentuk pengurusan ikhtisas lain seperti khidmat perundingan penyelidikan yang diperlukan oleh kumpulan ikhtisas. Contoh iklan barangan untuk kumpulan ikhtisas ialah jenis ubat dan peralatan perubatan terbaru di pasaran untuk golongan doktor dan pakar perubatan. Terdapat juga perkhidmatan yang berkaitan dengan perisian pengurusan baru yang dicipta untuk mempercekap pengurusan bidang ikhtisas. Semua barangan dan perkhidmatan boleh diiklankan dengan menggunakan pendekatan dan saluran pengiklanan yang biasa diamalkan. Kadar kos yang dikenakan bagi setiap iklan adal |