| just war | perang adil | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Teori yang menganggap wujudnya keadaan tertentu yang menjadikan tindakan sesuatu peperangan adil. Teori ini juga menentukan cara untuk berperang secara adil. Teori ini berasal daripada pemikiran Kristian Zaman Pertengahan dan perkembangan undang-undang antarabangsa selepasnya, terutama dalam karya Grotius dan Samual Pufendorf (1632� 1694). Perbahasan dalam perang adil berkisar tentang dua persoalan, iaitu keadilan dalam perang (jus in bello) dan hukum perang (jus ad bellum). Menjelang kurun ke-20, minat umum dalam teori perang adil merosot disebabkan kesedaran tentang keganasan dan kesengsaraan akibat semua jenis peperangan. Namun demikian, perbahasan tentang perang adil muncul semula berikutan isu pelibatan Amerika Syarikat dalam Perang Vietnam, Perang Teluk dan pencerobohan terhadap Iraq. |
| unfair dismissal | pembuangan tak adil | Pentadbiran | Tiada | Pemberhentian pekerja yang dianggap tidak adil. |
| العدلين | dua saksi adil | Agama Islam | Fiqh | Dua orang saksi yang mempunyai syarat-syarat yang adil. |
| Fair Labour Standard Act (FLSA) | Akta Piawaian Buruh Adil (FLSA) | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Sosial | Akta yang melindungi pekerja daripada amalan buruh yang tidak adil dengan menetapkan gaji minimum, bayaran lebih masa dan piawaian bagi buruh kanak-kanak yang terpakai dalam semua sektor. Akta ini merupakan undang-undang persekutuan Amerika Syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1938. |
| just world hypothesis | hipotesis dunia adil | Psikologi | Psikologi Umum | Hipotesis tentang tingkah laku atribusi manusia yang suka mengaitkan tingkah laku dengan suatu situasi atau disposisi. Menurut hipotesis ini, individu percaya bahawa dunia ini adil dan keadilan itu tetap wujud. Manusia yang baik akan dibalas dengan ganjaran atau kebaikan manakala yang jahat pula akan menerima hukuman yang setimpal. Contohnya, jika individu secara tidak sengaja ditembak oleh polis, perasaan marah akan reda apabila masyarakat memikirkan bahawa individu yang mati tertembak itu tidak sepatutnya berada ditempat kejadian. |
| just of war (jur ad bellum) | hukum perang | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Konsep yang berkaitan dengan keadaan yang menjadikan perbuatan peperangan sebagai suatu tindakan yang adil dan betul. Kebanyakan perbahasan tentang hukum perang bersepakat menetapkan hukum ini sebagai adil dan betul apabila sesebuah negara berperang atas dasar membela diri, termasuk berperang kerana membela pihak ketiga yang lemah dan tidak berupaya membela diri sendiri. Hujah pembelaan pihak ketiga yang lemah ini pernah digunakan dalam PBB untuk menjustifikasikan Perang Teluk atau serangan terhadap Iraq yang telah menceroboh Kuwait yang lemah. |
| just | adil | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
| equitable | adil; ekuiti | Undang-undang | Tiada | Tiada |
| natural justice | adil asasi | Pentadbiran | Tiada | Standard keadilan minimum yang mesti digunakan apabila menyelesaikan sesuatu pertikaian, iaitu seseorang itu perlu diberi peluang membela diri, dan tidak boleh ada sikap berat sebelah. |
| عدل ضابط | ‘adil ḍabiṭ | Agama Islam | Hadith | i. lihat: ثقة ثقة ii. lihat: ثقة |