| creative mix | adun kreatif | Komunikasi | Tiada | Proses mengadun unsur-unsur bunyi dan visual untuk menghasilkan kesan dramatik dan nilai seni dalam sesuatu penerbitan. Contohnya, mencampurkan unsur-unsur bunyi dan visual daripada pelbagai sumber ke dalam penerbitan multimedia. |
| sound mixing | adun bunyi | Komunikasi | Tiada | Proses mengadun kesan bunyi serta dialog untuk dirakamkan dan dihimpunkan pada jalur bunyi filem dengan menggunakan nilai-nilai estetika serta kualiti kerja teknikal. |
| mixing console | konsol adun | Pendidikan | Tiada | Konsol yang menempatkan peralatan mengadun suara dalam penerbitan rancangan radio, televisyen dan sebagainya. |