Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : agama yg dominan di India, yg bercirikan penyembahan banyak dewa, sistem kasta, kepercayaan pd penjel­maan semula, dsb; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : agama yg berasal dr India. 2 penganut agama Hindu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata agama hindu


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dhrupad (In)dhrupadKesenianTiadaLagu agama Hindu dari India.
Hindu gardentaman HinduLandskapTiadaKawasan berlandskap yang mempunyai reka bentuk berasaskan ciri-ciri agama Hindu. Taman ini biasanya berbau wangi dan mempunyai tumbuhan pelbagai warna serta di lengkapi kemudahan untuk istiadat keagamaan Hindu.
Hindu gardentaman HinduLandskapTiadaKawasan berlandskap yang mempunyai reka bentuk berasaskan ciri-ciri agama Hindu. Taman ini biasanya berbau wangi dan mempunyai tumbuhan pelbagai warna serta di lengkapi kemudahan untuk istiadat keagamaan Hindu.
kayonkayonKesusasteraanTiadaGunungan atau pohonan yang melambangkan kosmos. Dalam teater wayang kulit, kayon ditampilkan dalam bentuk ukiran pohon abstrak dengan segala bunga, burung, kera dan haiwan lain. Perdunya diapit oleh sepasang haiwan, sama ada sepasang harimau, singa, gajah, lembu liar atau gabungan haiwan lain. Pohon yang diukir dalam kayon mewakili dua simbol mistik agama Hindu. Simbol pertama ialah Pohon Kehidupan yang memelihara semua haiwan dan dianggap sebagai simbol Pohon Meramalkan Nasib memaparkan simbol matahari. Simbol kedua ialah kayon melambangkan Gunung Mahameru, gunung mistik dewa dan gunung dunia. Dalam persembahan wayang kulit, kayon melambangkan tirai apabila dipacakkan sebelum bermula dan selepas persembahan. Kayon ini juga melambangkan perkara lain. Contohnya, apabila digetarkan, kayon menandakan ketenteraman kosmos diganggu; apabila diletakkan melintang, kayon mewakili permukaan air; apabila dipacakkan di kelir, kayon menandakan sebagai pohon atau hutan; dan apabila dipacakkan condong di tepi kelir, kayon m
Bhakti poetrypuisi BhaktiKesusasteraanTiadaPuisi India yang bermula semasa pergerakan Zaman Bhakti dari abad ke-14 hingga 17. Puisi Bhakti muncul sebagai reaksi terhadap keadaan politik, sosial, dan keagamaan yang bergelora pada zaman sebelumnya. Zaman Bhakti telah menyaksikan kelahiran beberapa penyair suci yang menghasilkan puisi yang bersifat introspektif. Puisi mereka mengagungkan kesolehan, pengabdian, dan bermutu tinggi sehingga zaman ini digelar sebagai Zaman Keemasan sastera Hindi. Puisi ini memberatkan penolakan radikal terhadap penentuan kasta dan kekangan agama Hindu yang memudaratkan manusia. Antara penyair Bhakti yang terkenal ialah Meerabai, Surdas, Tulsidas, Chaitanya Mahaprabhu, Jayadeva, dan Guru Nanak. Penyair yang dianggap suci ini mengetepikan bahasa Sanskrit dan mengarang dalam bahasa tempatan. Puisi mereka mengandungi rangkap yang mudah diulangi dan dilagukan. Puisi ini lebih menekankan perhubungan manusia dengan Tuhan berasaskan kesolehan, pengabdian, dan cinta yang tidak mementingkan diri, kerendahan hati dan kebaktian kepada o
taviltavilMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram. Baluhnya berbentuk tong dan mempunyai dua muka kulit yang dipasang pada baluh dengan tali rotan. Tavil diletakkan secara mendatar dan kedua-dua muka kulit itu dipukul dengan tapak tangan. Alat muzik ini memainkan rentak dalam ensembel muzik untuk mengiringi alat muzik nagasvaram yang menghasilkan melodi. Tavil yang terdapat di kawasan selatan India dimainkan dalam muzik klasik Karnatak dan juga di kuil agama Hindu.

nagasvaramnagasvaramMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon jenis paip dengan rid berkembar. Alat muzik ini diperbuat daripada kayu yang berbentuk kon berukuran satu meter panjang atau lebih serta mempunyai dua lapisan rid. Nagasvaram yang berasal dari India Selatan dimainkan dalam ensembel tradisi muzik Karnatak dan ensembel muzik di kuil agama Hindu.

ottuottuMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon jenis paip dengan rid berkembar. Ottu terdiri daripada tiub panjang yang berukuran satu meter atau lebih dan ridnya terletak pada pangkal alat muzik tersebut. Ottu diperbuat daripa­da kayu dan mempunyai satu atau dua lubang jari sahaja. Alat muzik ini menghasilkan dron, iaitu satu pic secara berterusan untuk mengiringi bahagian melodi yang dimainkan oleh alat muzik nagasvaram. Ottu dimainkan dalam muzik kuil agama Hindu dan muzik klasik Karnatak di kawasan selatan India.

sectarianismsektarianismeSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang mengutamakan sentimen kelompok tertentu yang berasaskan agama, bahasa, kekeluargaan, tempat asal, hubungan darah, warna kulit mahupun ideologi. Fahaman ini menolak unsur objektiviti atau rasionalisme yang boleh menggugat kepentingan kelompok yang diutamakan. Pemikiran parokial ini terdapat dalam sebuah masyarakat yang tradisional, kurang pendidikan dan terpisah dari dunia luar. Walau bagaimanapun, unsur ini juga terdapat dalam masyarakat moden terutamanya yang berasaskan ideologi dan organisasi tertentu. Contohnya, faham kepuakan adalah sangat tinggi dalam politik India apabila setiap kaum dan negeri memiliki parti dan NGO sendiri seperti Liga Muslim, Hindu Mahasabha, Akali Dal dan Telugu Desam. Sinonim faham kepuakan.
epigraphyepigrafiKesusasteraanTiadaKajian tentang prasasti, iaitu tulisan kuno yang terdapat pada batu atau logam. Kajian berkaitan dengan sesuatu penghormatan terhadap adat budaya, undang-undang atau kepercayaan agama. Biasanya, prasasti terdapat pada bangunan istana, kuil, batu nisan, tugu, patung dan sebagainya. Kajian epigrafi penting sebagai salah satu sumber asas untuk mengetahui sejarah peradaban dan tamadun manusia masa lampau. Bidang kajian epigrafi menjadi bidang utama bagi ahli antropologi, filologi dan ahli sejarah kaji purba. Contohnya di Nusantara kajian epigrafi sangat penting dalam memahami sejarah dan budaya hidup manusia zaman pra-Islam, khususnya dalam periode Hindu-Buddha, diikuti dengan zaman awal kedatangan agama Islam. Dalam konteks sejarah kesusasteraan Melayu, kajian epigrafi melibatkan kajian terhadap batu bersurat sebagai bukti awal tentang pengetahuan bahasa, sistem tulisan, kedatangan Islam dan sebagainya. Contohnya, kajian terhadap Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang), Batu Bersurat Talang Tuwo (Palembang), Bat

Kembali ke atas