| redox reaction | tindak balas redoks | Kejuruteraan | Tiada | Tindak balas yang melibatkan agen pengoksidaan dan agen penurunan, dengan pemindahan elektron dari agen penurunan kepada agen pengoksidaan. |
| black platinum | platinum hitam | Kimia | Tiada | klorida melalui agen penurunan zink atau magnesium. |
| pyrogallol | pirogalol | Kimia | Tiada | Fenol, formula C6H3(OH)3, takat lebur 132.5°C, takat didih 309°C, berbentk pepejal berhablur, berwarna putih, beracun, larut di dalam air, alkohol, dan eter, dan merupakan agen penurunan yang kuat. Pirogalol digunakan untuk membuat bahan kimia fotografi, bahan pewarna, dan sebagai penganalisis gas, agen penurunan, dan bahan uji makmal. Nama bersistemnya ialah 1,2,3-trihidroksibenzena. |
| electron donor | penderma elektron | Kimia | Tiada | 1. Bes mengikut takrifan Lewis.,2. Agen penurunan. |
| black platinum | platinum hitam | Kimia | Tiada | Platinum yang dimendakkan daripada larutan platinum(VI) klorida melalui agen penurunan zink atau magnesium. Platinum hitam wujud dalam bentuk serbuk berwarna hitam berkilat. Serbuk ini digunakan sebagai mangkin dan penyerap gas. |
| Lewis base | bes Lewis | Farmasi | Tiada | 1. Bahan yang menyumbangkan elektron dalam tindak balas kimia. 2. Agen penurunan. |
| nucleophile | nukleofil | Kimia | Tiada | Ion atau molekul yang mempunyai pasangan elektron tak berkongsi, yang lazimnya merupakan agen penurunan atau bes Lewis yang menyerang bahagian molekul yang bercas positif atau yang kekurangan elektron. Misalnya, Br¯, OH¯, NH3 dan CN¯. Bdg. elektrofil. |
| apoferritin | apoferitin | Perubatan | Tiada | 1. Protein dalam kelas globulin, dan diperoleh dengan mengeluarkan ferum daripada feritin oleh agen penurunan dalam larutan asid. |
| reducing agent | agen penurunan | Kimia | Tiada | Agen yang menyingkirkan oksigen daripada unsur atau sebatian; atau menambahkan hidrogen atau menderma elektron kepada unsur atau sebatian lain, sewaktu tindak balas kimia. Misalnya, hidrogen dan karbon monoksida. Lihat juga penurunan. |
| reducing power | kuasa penurunan | Kimia | Biokimia | Keupayaan sesuatu bahan untuk bertindak sebagai agen penurunan. |