| agile method | kaedah agil | Teknologi Maklumat | Perisian | Kaedah pembangunan perisian yang melibatkan masa yang singkat kerana kaedah ini dapat mengurangkan proses dokumentasi dan birokrasi dalam pembangunan dan penghantaran sesuatu perisian. Terdapat enam prinsip yang dikongsi bersama dalam kesemua kaedah agil, iaitu penglibatan pelanggan, penghantaran secara berperingkat, pembangunan perisian secara berpasukan, pengiktirafan perubahan dan pengekalan sistem mudah dan ringkas. Contohnya, pembangunan aplikasi pantas (RAD). |