| effective hydraulic conductivity | kekonduksian hidraulik efektif | Hidrogeologi | Tiada | Kemampuan tanih atau batuan yang tak tepu untuk meneruskan air atau cecair lain. Ini ialah kadar pengaliran air melalui suatu medium berliang yang mengandungi lebih dari satu bendalir, dan harus ditentukan mengikut jenis dan kandungan bendalir dan tekanan yang sedia ada (USGS). Cecair ini harus bergerak melalui dan dalam badan yang mengelilingi titik sentuh butiran batuan, kerana ruang antara yang lebih besar sebahagiannya terisi udara atau gas lain dan bukan cecair. Oleh itu, untuk air, kekonduksian bertambah dengan kandungan lengas, dari sifar pada bahan yang benar-benar kering hingga paras maksimum sama dengan kekonduksian hidraulik tepu. (Dimensi: LT-1) Ruj.: Lohman drr. 1972 Sin.: kekonduksian rerambut, ketelapan efektif, ketelapan nisbi |
| salivary | liur | Biologi | Fisiologi | Bendalir berlendir yang dihasilkan oleh kelenjar liur setalah ada rangsangan, misalnya apabila melihat atau memakan makanan. Ia berfungsi membasahi, melembutkan makanan dan memulakan proses pencernaan makanan di dalam mulut. Bendalir ini terdiri daripada air, protein (enzim), garam tak organik, musin dan sekurang-kurangnya dua enzim, iaitu maltase dan ptialin. Kadang-kadang dinamakan juga rembesan liur. |
| elimination reaction | tindak balas penyingkiran | Kimia | Tiada | Tindak balas kimia yang berlaku apabila satu molekul kecil seperti air atau hidrogen klorida dikeluarkan daripada molekul organik lalu membentuk sebatian tak tepu. Misalnya, penyingkiran molekul air daripada alkohol membentuk alkena. Tindak balas penyingkiran selalunya bersaing dengan tindak balas penggantian dan hasil yang didapati bergantung pada keadaan sekitaran tindak balas. Tindak balas bromoetana dengan natrium hidroksida dapat menghasilkan, sama ada etena (melalui penyingkiran HBr) atau etanol (melalui penggantian Br dengan OH). Etena terhasil apabila tindak balas dijalankan di dalam larutan alkohol, manakala etanol terhasil jika tindak balas dijalankan di dalam larutan akueus. |
| inhuman treatment | perlakuan tak berperikemanusiaan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Layanan buruk yang tidak memenuhi kriteria penderaan, sama ada secara fizikal atau mental, perbuatan atau peninggalan, yang diberikan terhadap manusia seolah-olah orang tersebut bukan manusia, seperti memukul manusia seperti memukul haiwan, menggiring sekumpulan manusia seperti menggiring sekumpulan haiwan, memakan daging manusia, menyeret mayat, atau melayan manusia seperti zat yang tidak mempunyai bahasa, akal atau kefahaman. Contoh lain ialah menghalang seseorang daripada tidur atau membuang air kecil, atau menghalang seseorang daripada menikmati cahaya waktu siang atau menghalang seseorang daripada bertemankan seseorang yang lain. |
| pan | seluruh; dulang penahan;kisar | Kejuruteraan | Tiada | 1. Mangkuk keluli atau porselin yang bulat, cetek dan cekung tempat jurugerudi dan tukang sampel membasuh enap cemar gerudi untuk memisahkan secara graviti zarah-zarah galian daripada serbuk batuan sebagai cara cepat untuk menentukan sama ada batuan-batuan yang direntasi lubang gerek mengandung galian yang bernilai.,2. Kematu: Lapisan keras yang kadang kala wujud di bawah tanah atas yang agak tak boleh telap air dan tidak menjadi lembut apabila basah. Sinonim: pan keras [hardpan] |