| avatar | avatar | Kesenian | Seni Bina | Penjelmaan atau interaksi antara dua atau lebih individu di alam maya melalui ruang grafik tiga dimensi seumpama gambaran sebenar kehidupan di alam nyata. Contohnya, dengan teknologi canggih penggunaan avatar di laman web, seseorang dapat merasakan bahawa dia seolah-olah berinteraksi seperti di alam nyata. |
| data acquisition | perolehan data | Teknologi Maklumat | Tiada | Perolehan data daripada alam nyata. |
| input device | peranti input | Komputer | Tiada | Peranti yang digunakan untuk memasukan data dari alam nyata ke dalam komputer. |
| abstract pattern | corak abstrak | Landskap | Tiada | Susunan gubahan yang tidak menyerupai sesuatu di alam nyata tetapi merupakan hasil kombinasi atau sintesis kreatif pereka. |
| existential drama | drama eksistensial | Kesenian | Drama dan Teater | Genre drama yang memaparkan persoalan kewujudan manusia di alam nyata dan hubungan manusia dengan tuhan. Lihat juga eksistensialisme. |
| idealism | idealisme | Kesusasteraan | Tiada | Fahaman dalam kesusasteraan, menilai sesuatu dari kesempurnaannya sahaja, walaupun ia tidak mungkin wujud dalam alam nyata atau bentuk pemikiran yang subjektif dengan segala keindahan yang dilebih-lebihkan daripada yang sebenarnya. |
| Weber bureaucracy | birokrasi unggul Weber | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Birokrasi dalam bentuk abstrak yang dihasilkan oleh Max Weber sebagai alat analisis atau panduan kepada membentuk satu birokrasi yang baik. Birokrasi yang bersifat ideal seperti ini tidak wujud dalam alam nyata tetapi dibayangkan keadaannya yang sempurna sebagai bimbingan kepada pejabat sebenar bagi membentuk birokrasi mereka. Ia memberi beberapa ciri yang terlalu rasional seperti kenaikan pangkat berasaskan produktiviti, pegangan kepada hubungan impersonaliti dan menolak faktor personal, kewujudan peraturan kerja secara bertulis, kerja mengikut masa yang tepat, kecekapan yang tinngi dan dengan itu pekerja malas dibuang, amalan pembahagian kerja yang jelas dan sistem hierarki serta autoriti yang terperinci. Meskipun keadaan ini hanya bersifat mental construct dan tidak bersifat nyata ia bagaimanapun baik untuk menjadi panduan kepada satu pengurusan yang cekap dan kemas. |
| epic | epik | Kesusasteraan | Tiada | Naratif yang mengisahkan pengembaraan atau kepahlawanan tokoh penting dalam sejarah atau tokoh yang menjadi legenda sesuatu bangsa atau sesebuah negara. Biasanya, kisah epik berkisar tentang seorang tokoh yang wujud dalam sejarah, legenda atau kepercayaan masyarakat setempat. Kisah pengembaraan dan wira pula meliputi alam nyata dan alam kayangan, melibatkan manusia dewa, peristiwa logik dan fantasi dan sebagainya. Biasanya, epik wujud dalam bentuk puisi dan prosa yang panjang dengan penampilan nilai konvensi, estetik, dan mutu kepengarangan yang tinggi. Terdapat dua jenis epik. Pertama, epik rakyat (epik tradisional/epik primer), iaitu epik yang wujud dalam masyarakat lisan dengan pengarang yang tidak diketahui namanya. Epik berkenaan banyak bersumberkan unsur mitos dan legenda yang wujud dalam tradisi kepercayaan masyarakat tersebut. Kedua, epik seni (epik sekunder), iaitu epik yang muncul dalam budaya tulisan dan kebanyakannya dihasilkan oleh pengarang yang terkenal. Antaranya ialah Iliad dan Odyssey oleh H |
| polyarchy | poliarki | Sains Politik | Politik Perbandingan | Bentuk demokrasi yang lebih realistik mengikut pandangan sarjana sains politik Robert Dahl. Menurut beliau, demokrasi yang sebenar merupakan satu bentuk politik yang ideal dengan penglibatan yang tinggi, keadilan dan kebebasan yang terbaik dan peranan pembangkang yang sempurna. Kajian ini dibukukan oleh Robert Dahl dalam tulisannya yang bertajuk Polyarchy: Participation and Opposition. Dalam alam nyata ini, keadaan sempurna tidak wujud sebaliknya yang wujud hanyalah kadar penglibatan yang sederhana, kadar keluar mengundi yang tidak mencapai l00 peratus dan kebebasan yang terhad. Dalam sistem ini, golongan pendesak memainkan peranan mempengaruhi dan menafikan pengawalan kerajaan dan golongan elit. |
| direct discrimination | diskriminasi langsung | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Tadbir Urus | Tindakan membeza layan terhadap individu atau kumpulan secara nyata berdasarkan ciri terlindung mereka. Banding indirect discrimination. |