| environmental management system | sistem pengurusan alam sekitar | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Alam Sekitar | Sistem yang terdiri daripada elemen yang saling berkaitan dalam sesebuah organisasi seperti struktur organisasi, peranan dan tanggungjawab, perancangan dan operasi, penilaian prestasi dan penambahbaikan dalam menguruskan alam sekitar. |
| environmental | alam sekitar | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Alam Sekitar | Berkaitan dengan keadaan, tempat atau kawasan sekeliling yang menjadi tanggungjawab sesuatu pihak untuk menjaga kelestariannya temasuklah mengawal pencemaran, penggunaan tenaga dan sumber asli secara berhemah serta pengurusan sisa. |
| ecocide | pemusnahan alam sekitar | Alam Sekitar | Tiada | Kerosakan atau pemusnahan alam sekitar sama ada oleh manusia atau mana-mana agensi oleh sebarang tindakan seperti penggunaan senjata nuklear, sumber-sumber eksploitasi yang berlebihan, atau penggunaan bahan kimia berbahaya. |
| environmental technology | teknologi alam sekitar | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Penggunaan prinsip sains dan matematik dalam pemantauan, pengawalan dan pemuliharaan alam sekitar. Teknologi alam sekitar merangkumi reka bentuk peranti, simulasi proses dan meramal potensi kesan negatif bahan cemar terhadap alam sekitar. Contohnya, teknologi hijau dan teknologi bersih. |
| green label | label hijau | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Alam Sekitar | Tanda atau maklumat yang dicetak pada produk atau bungkusan untuk mengiklankan kualiti atau ciri alam sekitar. Label hijau juga dikenali sebagai label alam sekitar atau ekolabel. |
| environmental justice | keadilan alam sekitar | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Sosial | Pendekatan bahawa setiap individu atau kumpulan individu berhak mendapat layanan saksama untuk hidup dalam persekitaran yang bersih dan selamat menurut peraturan, dasar dan undang-undang alam sekitar. |
| green | hijau | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Alam Sekitar | Perihal tidak memudaratkan atau tidak menjejaskan kualiti alam sekitar. Sinonim environmental friendly. |
| green software | perisian mesra alam | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Alam Sekitar | Perisian yang mengurangkan kesan alam sekitar. Lihat juga green information technology. |
| natural capital | modal sumber asli | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Alam Sekitar | Stok sumber dari alam sekitar dan ekosistem yang boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui melalui pembekalan barangan dan perkhidmatan penting seperti air bersih, kitaran nutrien dan sumber genetik. |
| net positive | manfaat bersih | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Alam Sekitar | Keadaan yang membawa lebih banyak kebaikan kepada alam sekitar dan masyarakat berbanding keburukan. Sinonim net benefit. |