Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.lan.a.lan]/[a.la.na.lan] | الن ٢

Definisi : pelawak, badut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alan-alan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
alanalanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Shorea Albida daripada famili Dipterocar paceae. Spesies ini menghasilkan dua kumpulan kayu balak yang berbeza dari segi berat, iaitu alan batu dan alan bunga. Kayu alan banyak terdapat di hutan paya gambut di Sarawak.
alan batualan batuPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama dagangan Shorea Albida yang lebih berat. Nama tempatan di Sarawak termasuk empenit, meraka, meraka alan, sengawang, dan seriagawan. Gubal kayu alan batu berwarna coklat kelabu dan beransur-ansur berubah kepada warna teras kayunya, iaitu coklat kemerah-merahan. Tekstur kayu ini kasar dan sekata dengan ira yang lurus atau bersimpul. Ketumpatan keringan udara kayu ini berjulat antara 800 hingga 925 kg/m3, dan kayu ini tergolong dalam kumpulan kayu keras sederhana. Alan batu mudah dikerjakan, dikemas siap, dikeringkan dan sederhana tahan. kayu ini digunakan untuk lantai , papan panel, dan kayu kumai, dan dalam pembuatan perabot dan perahu.
standby agreementperjanjian tunggu sediaPentadbiranTiadaPeruntukan yang menentukan penaja menjamin alan membeli sebarang saham yang tidak dibeli oleh pelabur, dalam terbitan sekuriti.
loop systemsistem IingkarLandskapTiadaSusunan jalan da n lorong pejalan kaki yang terdiri daripada jalan-j alan lingkar untuk memudahkan laluan.
canopy treepohon rendangLandskapTiadaPokok yang mempunyai kanopi rendang dan sesuai ditanam di kawasan taman dan pinggir j alan bagi tujuan teduhan. Contohnya, pokok pukul lima.
ujian TuringTuring testKecerdasan BuatanEtika dan FalsafahUjian ini dicipta oleh seorang pakar matematik dan ahli sains bernama Alan Turing pada tahun 1950. Ujian Turing ini bertujuan menguji kecerdasan sesebuah mesin. Mesin tersebut dianggap cerdas sekiranya penguji (manusia) tidak dapat mengetahui sama ada dia sedang berinteraksi dengan manusia atau mesin. Senario ujian ini melibatkan seorang penguji yang berinteraksi melalui komputer dengan dua penghuni rahsia di dalam dua bilik berasingan. Setelah selesai interaksi, penguji perlu meneka bilik mana yang penghuninya komputer dan manusia. Jika penguji meneka bilik dihuni komputer itu ialah manusia, maka komputer itu dikatakan cerdas.
Turing machinemesin TuringTeknologi MaklumatPerisianPeranti yang digunakan untuk memanipulasi simbol secara abstrak dan simulasi logik bagi sebarang algoritma komputer. Peranti ini dicipta oleh Alan Turing pada tahun 1936. Peranti ini tidak digunakan untuk tujuan teknologi pengkomputeran yang praktikal tetapi lebih kepada uji kaji pemikiran mengenai keterbatasan pengkomputeran mekanikal. Pengkajian ciri-ciri abstrak ini menghasilkan pelbagai teori kekompleksan dan sains komputer itu sendiri. Contohnya, Hopcroft dan Ullman mentakrifkan mesin Turing sebagai 7- tupel, M=< Q, Γ, b, Σ, δ, qₒ, F>. Dengan, Q = set keadaan Γ = set simbol/huruf b = simbol kosong Σ = simbol input δ = fungsi separa qₒ = keadaan awal F = keadaan akhir
ShoreaShoreaPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanGenus kayu dagangan yang terpenting dari hutan-hutan di Malaysia. Genus daripada famili Dipterocarpaceae ini menghasilkan kayu yang mempunyai berbagai-bagai sifat dan kegunaan. Antara spesies utama termasuk alan, balau, meranti merah muda, meranti merah tua, melantai, meranti bakau, balau merah, dan meranti putih.
DipterocarpaceaeDipterocarpaceaePerhutananTiadaFamili tumbuhan yang menghasilkan kayu balak yang paling penting dan dominan di Malaysia dan Asia Tenggara. Tumbuhan dalam famili ini menghasilkan isi padu kayu yang paling banyak dan mempunyai nilai dagangan yang paling tinggi di Malaysia, dan hampir kesemua spesies dalam famili ini boleh didagangkan. Kayu ini boleh digolongkan dalam tiga kumpulan, berdasarkan ketumpatan dan ketahanan, iaitu kumpulan kayu ringan, kayu keras sederhana dan kayu keras berat. Contoh kayu keras ringan ialah alan, gerutu, melantai, meranti bakau, meranti merah muda, meranti merah tua, merawan, dan mersawa; contoh kayu sederhana ialah alan batu, kapur, dan keruing; dan contoh kayu keras berat ialah balau, balau merah, cengal, resak, giam, dan penyau.
artificial intelligencekecerdasan buatanTeknologi MaklumatTiadaSatu cabang sains komputer yang membolehkan komputer mensimulasi aspek kecerdasan manusia seperti pengecaman suara, deduksi, inferens, respons kreatif, kebolehan belajar daripada pengalaman dan kebolehan membuat inferens apabila diberi maklumat yang tidak lengkap. Dua bidang penyelidikan kecerdasan buatan yang lazim ialah sistem pakar dan pemprosesan bahasa tabii. Konsep kecerdasan buatan dibina oleh Alan Turing pada tahun 1950. Beliau menggunakan istilah kecerdasan komputer. Konsep ini dinamakan semula sebagai kecerdasan buatan oleh John Mc Carty pada tahun 1955. Antara aplikasi kecerdasan buatan terawal ialah atur cara komputer yang boleh bermain catur. Atur cara ini telah digunakan untuk mengalahkan juara catur dunia Anatoly Karpov.
12

Kembali ke atas