| altitude difference | perbezaan altitud | Matematik | Tiada | Perbezaan antara altitud yang dikira dengan altitud yang dicerap atau antara altitud prakira dengan altitud sekstan jasad samawi. |
| density altitude | altitud ketumpatan | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Altitud tekanan yang dibetulkan disebabkan sisihan suhu daripada atmosfera piawai. Hubungan antara altitud ketumpatan dengan altitud tekanan adalah sama dengan hubungan antara altitud sebenar dengan altitud yang ditunjukkan. |
| ex-meridian altitude | altitud eksmeridian/altitud luar meridian | Matematik | Tiada | Altitud jasad samawi yang hampir dengan meridian samawi pencerap yang perlu dibetulkan bagi menentukan altitud meridian. Circummeridian altitude. |
| tabulated altitude | altitud berjadual | Matematik | Tiada | Altitud jasad samawi, seperti yang diambil secara langsung daripada jadual altitud terkira, sebelum penentudalaman dibuat. Selepas dibuat pembetulan, maka barulah ia menjadi altitud terkira. |
| circummeridian altitude | altitud sirkummeridian | Matematik | Tiada | Altitud jasad samawi yang hampir dengan meridian samawi pencerap yang perlu pembetulan bagi menentukan altitud meridian, ex-meridian altitude. |
| apparent altitude | altitud ketara | Matematik | Tiada | Altitud sekstan jasad samawi yang diperbetul untuk mendapatkan ralat indeks, junam dan semidiameter matahari dan bulan. |
| simultaneous altitude | altitud serentak | Matematik | Tiada | Altitud dua jasad samawi atau lebih yang dicerap pada waktu yang sama. |
| observed altitude | altitud cerap | Matematik | Tiada | Altitud sekstan tanpa atau dengan pembetulan seperti pembetulan ralat indeks, biasan, junam, semidiameter, paralaks dan kesan kariolis. |
| double altitude | altitud ganda dua | Matematik | Tiada | Dua altitud pada jasad samawi yang sama yang dicerap di timur kemudian di barat meridian, apabila kedua-duanya mencapai nilai yang sama. Equal altitude. |
| standard density altitude | altitud ketumpatan piawai | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Altitud, dalam atmosfera piawai, yang sepadan dengan ketumpatan tertentu. |