| low-level signal | isyarat aras rendah | Kejuruteraan | Tiada | Amplitud-amplitud yang sangat rendah, yang digunakan untuk menyampaikan maklumat atau kecerdikan lain. | 
			
				| wave amplitude | amplitud ombak; amplitud gelombang | Kejuruteraan | Tiada | Amplitud ombak: Ukuran jejari pergerakan orbit zarah permukaan ombak yang bersamaan dengan setengah tinggi ombak. | 
			
				| quantization | pengkuantaman | Kejuruteraan | Tiada | 1. Penukaran isyarat analog kepada isyarat digit, dengan langkah di antara aras-aras tertentu. Sinonim: pendigitan [KC],supaya perubahan-perubahan infinitesimal yang berterusan dielakkan. [KM],3. Pembahagian amplitud gelombang kepada sebilangan terhad amplitud-amplitud terhingga. [KM] | 
			
				| logarithmic decrement | susutan logaritma | Kejuruteraan | Tiada | 1. Logaritma tabii bagi nisbah amplitud pertama terhadap amplitud kedua, bagi dua amplitud berturutan yang mempunyai kekutuban yang sama. Hal ini merujuk kepada arus ulang-alik yang teredam secara logaritma.,2. Logaritma tabii bagi nisbah sesuatu pesongan galvanometer terhadap pesong berikutnya di arah yang berlawanan, dengan nisbah itu diungkapkan dalam angka positif. | 
			
				| amplitud modulation | modulasi amplitud | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Modulasi yang berulang mengikut isyarat yang dipancarkan. | 
			
				| modulation factor | faktor pemodulatan | Kejuruteraan | Tiada | Nisbah daripada setengah perbezaan di antara amplitud maksimum dan minimum dengan amplitud purata, pada amplitud gelombang termodulat. | 
			
				| signal level | aras isyarat | Sosiologi | Tiada | Amplitud isyarat dibandingkan dengan amplitud rujukan. | 
			
				| velocity amplitude | amplitud halaju | Fizik | Akustik | Amplitud yang bersamaan dengan hasil darab frekuensi bagi not muzik yang dirakam pada jejak cakera dengan amplitud putaran cakera yang diukur di sepanjang jejari cakera. | 
			
				| reflection coefficient | pekali pantulan | Fizik | Mekanik Kuantum | Nisbah amplitud pantulan zarah terhadap amplitud zarah tuju. Banding pekali penghantaran. | 
			
				| transmission coefficient | pekali penghantaran | Fizik | Mekanik Kuantum | Nisbah amplitud penghantaran zarah terhadap amplitud zarah tuju. Banding pekali pantulan. |