Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.na.li.tik] | اناليتيک

Definisi : 1 (berkenaan dengan penyelidikan, pendekatan dan sebagainya) bersifat analisis: Media mengambil pendekatan yang lebih kritis dan analitik dalam laporannya mengenai parlimen.
2 mampu atau berkebolehan untuk menganalisis sesuatu: Dia mempunyai pemikiran yang analitik.
 (Kamus DBP versi dalam Talian)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata analitik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
analitik datadata analyticsKecerdasan BuatanPerkhidmatanProses menganalisis data mentah untuk mengekstrak cerapan berharga dan mengenal pasti corak atau pola data yang bermakna bagi menyokong pembuatan keputusan berasaskan data. Proses ini melibatkan beberapa langkah seperti pengumpulan, pembersihan, pengekstrakan, penyusunan dan pemodelan data bagi memperoleh maklumat yang berguna. Terdapat pelbagai jenis analitik data seperti analitik deskriptif, analitik diagnostik, analitik ramalan dan analitik preskriptif.
analitik keputusandecision analyticsKecerdasan BuatanPerkhidmatanProses analitik yang menyokong pembuatan keputusan dalam situasi dunia sebenar yang dinamik dan tidak pasti. Analitik ini menggabungkan pembelajaran mesin, pemodelan kebarangkalian dan teknik pengoptimuman sebagai kerangka untuk mencari tindakan atau penyelesaian yang paling sesuai dalam persekitaran yang dinamik.
analitik deskriptifdescriptive analyticsKecerdasan BuatanPerkhidmatanProses analitik yang digunakan untuk menerangkan apa yang telah berlaku dalam suatu tempoh masa berdasarkan data lampau. Analitik ini melibatkan penganalisisan dan peringkasan data sejarah bagi mengenal pasti pola, trend dan hubungan dalam data. Sebagai contoh, analisis yang mengenal pasti pola pendapatan isi rumah pada tahun 2022 yang dikelaskan sebagai B40 (bawah RM5,249), M40 (antara RM5,250 hingga RM11,819) dan T20 (melebihi RM11,820).
analitik diagnostikdiagnostics analyticsKecerdasan BuatanPerkhidmatanProses analitik yang digunakan untuk mengenal pasti sebab sesuatu perkara berlaku dalam suatu tempoh masa berdasarkan data lampau. Analitik ini bertujuan menjawab persoalan �Apa yang berlaku dan mengapa ia berlaku?� dengan menganalisis hubungan sebab dan akibat melalui pemerhatian terhadap pola, corak dan korelasi data. Sebagai contoh, analisis yang menjelaskan mengapa golongan T20 lebih ramai di kawasan bandar berbanding luar bandar kerana peluang pekerjaan berpendapatan tinggi lebih tertumpu di bandar.
analitik prediktifpredictive analyticsKecerdasan BuatanPerkhidmatanProses analitik yang digunakan untuk meramalkan apa yang mungkin berlaku berdasarkan pola dalam data lampau dan data terkini. Analitik ini menggunakan pendekatan pembelajaran mesin dan statistik untuk meramal jangkaan tentang peristiwa, kategori atau sifat yang tak diketahui. Sebagai contoh, analisis yang meramalkan perubahan purata pendapatan isi rumah dalam tempoh 30 tahun akan datang untuk menganggar kemungkinan peralihan golongan T20 kepada M40 atau B40.
analitik preskriptifprescriptive analyticsKecerdasan BuatanPerkhidmatanProses analitik yang digunakan untuk menentukan atau mencadangkan tindakan yang perlu diambil bagi menyelesaikan masalah dan menyokong pembuatan keputusan. Analitik ini menggabungkan pendekatan multidisiplin seperti pengoptimuman, simulasi dan pembelajaran mesin untuk mengenal pasti strategi atau keputusan yang paling terbaik dalam sesuatu situasi. Sebagai contoh, analisis yang mencadangkan pemberian subsidi bersasaran bagi membantu golongan M40 menampung kos sara hidup.
analitik berdaya AIAI enabled analyticsKecerdasan BuatanPerkhidmatanProses analitik yang menggunakan teknik AI untuk meningkatkan ketepatan, kecekapan dan kelajuan pembuatan keputusan. Contohnya, sistem pelaburan kewangan yang memilih kaunter pelaburan berdasarkan portfolio pengguna dengan menggunakan model pembelajaran mendalam. Lihat juga analitik data.
platform analitikanalytics platformKecerdasan BuatanPerkhidmatanTeknologi komputer yang menyediakan ekosistem bagi perkhidmatan analitik data yang komprehensif dan bersepadu. Platform ini direka untuk mencerna, memproses, menganalisis dan menvisualkan data. Platform ini antaranya dapat menyediakan alatan papan pemuka, pertanyaan adhoc, model ramalan risiko dan analisis geospatial.
analitik bisnesbusiness analyticsKecerdasan BuatanPerkhidmatanProses mentransformasi data bisnes kepada ertian untuk membuat keputusan yang bijaksana. Analitik bisnes melibatkan pengumpulan, pemprosesan dan tafsiran data untuk mengenal pasti trend, pola dan cerapan yang boleh membantu organisasi mengoptimumkan operasi, menambah baik pembuatan keputusan dan mencapai matlamat. Antara kaedah yang digunakan seperti kaedah statistik, sains pengurusan, pembelajaran mesin dan pemodelan proses bisnes. Lihat juga ertian.
ertianinsightKecerdasan BuatanPerkhidmatanPemahaman atau pengetahuan baharu yang diperoleh daripada analisis data, khususnya apabila pola tersirat, hubungan tersembunyi atau faktor yang tidak diketahui sebelumnya ditemukan melalui output analitik. Dalam konteks analitik data, ertian merujuk kepada kefahaman mendalam yang membantu menjelaskan sesuatu fenomena atau menyokong pembuatan keputusan
1234

Kembali ke atas