| arithmetic logic unit (ALU) | unit aritmetik logik | Teknologi Maklumat | Tiada | Unit aritmetik dan logik adalah litar digit yang merupakan komponen utama di dalam unit pemprosesan pusat (CPU). Fungsi ALU adalah untuk melaksanakan operasi aritmetik integer seperti menambah, mendarab, membahagi dan pengurangan. Manakala operasi logik adalah seperti DAN, ATAU, TAK dan X-ATAU. |
| common difference | beza sepunya | Matematik | Tiada | Beza antara setiap dua sebutan yang berturutan dalam satu janjang aritmetik. Lihat juga janjang aritmetik. |
| arithmetic progression | janjang aritmetik | Matematik | Tiada | Jujukan sebutan yang setiap sebutannya ialah hasil tambah sebutan sebelumnya dengan suatu kuantiti yang tetap. Kuantiti tetap ini dinamai beza sepunya, dan sebutan yang di hadapan sekali dikenali sebagai sebutan awal. Misalnya, bagi janjang aritmetik 5, 7, 9, 11, 13, ..., beza sepunyanya ialah 2, dan bagi janjang aritmetik 6, 3, 0, -3, -6, ..., beza sepunyanya ialah -3. Secara umum, janjang aritmetik dengan sebutan awal a dan beza sepunya d boleh ditulis a, (a + d), (a + 2d), (a + 3d), .... |
| clock-face arithmetic | aritmetik muka-jam | Matematik | Tiada | Aritmetik yang melibatkan nombor-nombor yang terbatas kepada modulo tertentu yang berkenaan. |
| arithmetic series | siri aritmetik | Matematik | Tiada | Hasil tambah jujukan aritmetik. |
| ALU (arithmetic logic unit) | ALU (unit aritmetik logik) | Teknologi Maklumat | Tiada | Bahagian unit pemprosesan pusat(CPU) yang mengendalikan operasi aritmetik dan perbandingan bagi sesebuah komputer digital. |
| arithmetic mean diameter | garis pusat purata aritmetik | Kejuruteraan | Tiada | Garis pusat atau saiz serbuk yang berdasarkan bilangan zarah yang ditentukan sebagai (rujuk m/s 78) dengan = garis pusat purata aritmetik, N = jumlah bilangan zarah per unit jisim sampel, n = jumlah bilangan zarah bersaiz D, d = agihan zarah bersaiz D. |
| arithmetic | aritmetik | Fizik | Tiada | Tiada |
| arithmetic | aritmetik | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
| arithmetic | aritmetik | Matematik | Tiada | Bahagian matematik yang mengkaji tentang nombor di bawah operasi penambahan, pengurangan, pendaraban dan pembahagian. |