| ribbed smoked sheet (RSS) | getah asap berbunga (GAB) | Pertanian | Agronomi | Getah keping yang telah melalui mesin penggiling berjalur, dikeringkan dan dijemur di dalam rumah asap. Pengasapan bertujuan untuk mengelakkan jangkitan kulat pada getah. Kepingan getah asap berbunga (GAB), digredkan mengikut warna, konsistensi dan kandungan bahan asing. Gred GAB1 adalah yang paling baik diikuti GAB2 dan GAB3. |
| black smoke | asap hitam | Kejuruteraan | Tiada | Asap yang mengandungi karbon tak terbakar. |
| second hand smoke | asap sekunder | Kejururawatan | Tiada | Asap tembakau yang disedut secara tidak langsung dari alam persekitaran. |
| third-hand smoke | sisa asap basi | Umum | Tiada | Asap tembakau daripada rokok yang melekat pada permukaan atau objek secara tidak langsung. |
| smoke detector | pengesan asap | Sosiologi | Tiada | Alat yang dapat mengesan asap untuk mengendalikan penggera bagi tujuan keselamatan. |
| smoke damage | kerosakan asap | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kerosakan yang disebabkan oleh asap kebakaran dan ini berbeza dengan kerosakan disebabkan oleh api. |
| arctic sea smoke | asap laut artik | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Sama dengan asap laut. |
| smoky quartz | kuarza asap | Geologi | Tiada | Varieti kuarza habluran yang berwarna kuning asap hingga kelabu perang, biasanya lutsinar, mengandungi kepungan karbon dioksida, dan ada kalanya digunakan sebagai batu permata semiharga. |
| smoke curing | pematangan asap | Buluh | Tiada | Kaedah mengawet buluh dengan cara pengasapan buluh dalam ruang tertutup pada suhu rendah selama lapan hingga dua belas jam. Dalam kaedah ini, sebatian kimia dalam asap akan diserap oleh tisu buluh untuk mengelak daripada serangan serangga perosak. |
| smoked fish | ikan salai | Perikanan | Tiada | 1. Ikan yang diawet dengan menggunakan asap supaya lebih tahan lama. 2. Produk hasil perikanan yang diasapkan di rumah asap. Penghasilan ikan salai adalah dengan menggunakan kayu jenis keras ketika proses mengasap bagi mendapatkan aroma dan rasa yang berbeza. Kayu bergetah tidak sesuai digunakan kerana boleh menyebabkan tekstur ikan menjadi pahit. |