Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aspek nya


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Commedia dell�artecommedia dell�arteKesusasteraanTiadaBentuk drama komik yang terdapat di Itali pada pertengahan kurun ke-16. Dua aspek penting commedia dell arte ialah improvisasi dan watak stok. Para pelakon mengimprovisasikan cerita berdasarkan senario cerita. Gaya persembahan- nya hampir sama dengan bangsawan yang menggunakan improvisasi dan watak stok. Watak stok boleh dibahagikan kepada dua kategori. Pertama, watak lurus yang diwakili oleh remaja atau orang muda yang sedang bercinta, dan watak tampak cerdik, kacak dan berpelajaran. Orang muda atau hero dikenali sebagai innamorato atau amoroso, manakala heroin dipanggil innamorata. Kedua, watak luar biasa yang beraksi dan berkelakuan secara berlebih-lebihan. Contohnya, capitano, pantalone, dottore dan harlequin.
advertorialiklan rencanaKomunikasiKorporatSalah satu daripada genre iklan media elektronik dan media cetak. Genre iklan ini dikenali dengan sifat persembahan- nya yang menyerupai sebuah artikel, berita atau sebuah rancangan bicarawara. Pendekatan penulisan dan persembahannya menggunakan teknik penulisan sebuah berita atau artikel dan penerbitan sebuah rancangan radio atau televisyen. Pendekatan ini juga menekankan aspek realiti barangan atau perkhidmatan, dan kerap mengaitkan hasil penyelidikan barangan tersebut dengan fakta tentang kebaikan barangan. Kadangkala pendekatan ini melibatkan jurucakap profesional serta individu terkenal dan berwibawa bagi membina kesedaran jenama dalam kalangan khalayak.

Kembali ke atas