| azonal soil | tanih azonal | Geologi | Tiada | Tanih muda yang tidak mempunyai horizon-horizon yang jelas. Ini disebabkan edaran masa yang singkat untuk membolehkan pengaruh iklim, tumbuh-tumbuhan dsb.nya ke atas proses-proses pembentukkan tanih. |
| maltose | maltosa | Kimia | Biokimia | Disakarida yang terdapat di dalam sesetengah bijian yang sedang bercambah seperti barli dan sebagainya, dan dihasilkan daripada tindak balas enzim amilase ke atas kanji dan glikogen. Bentuk a-nya menghablur sebagai monohidrat dalam bentuk jejarum tanpa warna dan mempunyai takat lebur 102-103oC. Disakarida ini larut di dalam air dan alkohol tetapi tidak larut di dalam eter, boleh terbakar, tidak toksik, dan digunakan dalam pembuatan makanan dan minuman sebagai pemanis, sebagai medium kultur dan sebagai penstabil polisulfida. |
| Achenese gravestone | nisan Acheh | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Batu tanda pada kubur yang mempunyai pengaruh Acheh yang diperbuat daripada batu pasir. Batu tanda ini dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu puncak, kepala, bahu, badan bahagian atas, bawah dan dasar. Batu tanda turut dilengkapi dengan ayat suci al-Quran, puisi Arab dan kalimah syahadah. Terdapat beberapa pola hias yang berbentuk simbolik seperti cungkup di bahagian puncak yang dikaitkan hubungan antara manusia dengan pencipta-Nya. Hiasan bunga roset dibahagian bahu atau sayap dan sarang labah-labah di bahagian dasar dianggap sebagai perlambangan hidup yang tidak kekal. Pada bahagian tertentu terdapat nama si mati dan angka tahun kematiannya. Batu tanda ini hanya digunakan oleh golongan sultan dan kaum kerabatnya sahaja. Batu tanda ini berbentuk persegi empat dan kemudiannya berkembang kepada bentuk bulat. Bentuk batu tanda untuk lelaki mempunyai sayap atau bahu yang melengkung ke dalam atau ke atas berbanding wanita. Di Semenanjung Malaysia, batu tanda ditemui dalam sekitar abad ke-15 M hingga ke |
| biological oxygen demand | keperluan oksigen biologi | Pertanian | Agroteknologi | Kuantiti oksigen yang diperlukan oleh organisma aerobik untuk menguraikan bahan organik di dalam air. Keperluan ini dapat menentukan kadar pencemaran air oleh bahan organik. Sekiranya kandungan BOD-nya tinggi, maka ia menunjukkan kadar pencemaran yang tinggi dan begitu juga jika sebaliknya. Faktor yang mempengaruhi proses ini ialah suhu, air dan kandungan bahan organik. Contohnya, air sungai yang jernih mengandungi BOD di bawah 1 mg/L, air yang sederhana tercemar mengandungi BOD 2-8, dan air yang terlalu tercemar ialah 20 mg/L dan ke atas. Bagi air kumbahan yang tidak dirawat, kadarnya ialah 600 mg/L BOD. Singkatan BOD. |
| quadruplum | quadruplum | Muzik | Tiada | Lapis suara keempat dalam karya polifoni Zaman Pertengahan. Quadruplum ialah lapis tertinggi di atas tenor yang biasanya berasaskan cantus firmus sesebuah karya. Contohnya, organum dan motetus. Lihat juga duplum, triplum. |