Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[au.to.no.mi] | اءوتونومي

Definisi : pemerintahan (pentadbiran, pengu­rusan) sendiri, hak mengurus pemerin­tahan (pentadbiran dsb) sendiri (tanpa pe­ngua­saan atau pengendalian oleh pihak lain); berautonomi mempunyai autonomi, mem­punyai hak atau kuasa sendiri: sebuah institusi penyelidikan yg ~ dan bebas mengenai per-paduan kaum hendaklah ditubuhkan; jelas bahawa rancangan Amerika adalah utk me-wujudkan sebuah wilayah Palestin ~ dan bukannya sebuah negara Palestin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[au.to.no.mi] | اءوتونومي

Definisi : hak memerintah atau mengurus sendiri; bebas drpd kuasa lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata autonomi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
autonomyautonomiSains PolitikHubungan AntarabangsaHak untuk membentuk dan melaksanakan undang-undang atau peraturan tertentu secara bebas di wilayah yang diberikan status autonomi oleh sesebuah negara. Bidang tertentu biasanya tidak diberikan kuasa autonomi seperti angkatan tentera, polis dan perhubungan luar negeri. Contoh wilayah autonomi ialah Acheh, Indonesia dan Mindanao, Filipina.
administrative autonomyautonomi pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

Hak atau kuasa pemerintahan mutlak yang dipegang oleh sesebuah organisasi tanpa penguasaan atau campur tangan pihak lain. Autonomi pentadbiran membolehkan organisasi membuat sesuatu keputusan, mengambil tindakan, menentukan hala tuju dan mengambil pendekatan yang sesuai dalam pengendalian sesuatu urusan. Autonomi pentadbiran secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan imej yang positif kepada organisasi dari kaca mata masyarakat. Contohnya, hak membuat pelantikan pekerja baru, penentuan kadar gaji dan penggubalan peraturan syarikat boleh dibuat tanpa merujuk kepada pihak lain.

autonomic nervous systemsistem saraf autonomiSains SukanBiomekanikBahagian sistem saraf yang mengawal mekanisme tindakan luar kawal, seperti degupan jantung dan kadar pernafasan. Fungsi saraf autonomi adalah untuk menghantar impuls dari sistem saraf pusat ke tisu otot kardiak (jantung), otot visera (organ dalaman) dan kelenjar. Sistem saraf autonomi dikenali juga sebagai sistem saraf involuntari.
subsystem autonomyautonomi subsistemSains PolitikPolitik PerbandinganAutonomi atau kuasa yang dimiliki oleh satu bahagian dalam satu sistem yang lebih besar. Sistem yang besar ini boleh dibahagikan kepada beberapa subsistem. Subsistem tersebut pula memiliki autonominya sendiri seperti menentukan dasar, belanjawan dan perancangan pengurusan. Contohnya, majlis perbandaran memiliki autonominya sendiri dalam negeri yang mengamalkan sistem persekutuan.
autonomic nervesaraf autonomiPerubatanTiadaSaraf sistem autonomi terbahagi pada simpatetik dan parasimpatetik.
autonomic plexuspleksus autonomiPerubatanTiadaJaringan saraf autonomi.
AI autonomiautonomous AIKecerdasan BuatanEtika dan FalsafahSistem AI yang berupaya membuat keputusan dan melaksanakan tindakan secara sendiri tanpa campur tangan manusia, termasuk keupayaan menilai situasi dan menyesuaikan tindak balasnya secara berterusan. Ciri AI autonomi mengguna pakai AI selamat, AI telus dan AI boleh jelas untuk mencapai tahap autonomi yang sebenarnya. Namun, kebolehan membuat keputusan tanpa campur tangan manusia menimbulkan cabaran etika dan kebertanggungjawaban, khususnya apabila keputusan yang dihasilkan tidak sejajar dengan nilai moral atau sosial. Contohnya, sistem kenderaan swapandu yang memilih untuk mengelak kemalangan dengan mengorbankan pejalan kaki, atau sistem pengesanan pencerobohan rangkaian yang menyesuaikan tindak balasnya secara automatik tanpa semakan manusia. Lihat juga AI telus, AI boleh jelas.
autonomous replication seguencejujukan pereplikaan autonomi (ARS)BiologiGenetikJujukan pada yis yang membenarkan plasmid bereplika secara autonomi, mungkin dengan menyediakan tapak permulaan pereplikaan.
robot berdaya AIAI enabled robotsKecerdasan BuatanPenyepaduan dan InteraksiRobot yang menggabungkan teknologi AI untuk meningkatkan keupayaannya. Robot ini dilengkapi dengan penderia, pemproses dan alkhwarizmi yang membolehkan robot tersebut melihat persekitaran, membuat keputusan dan berinteraksi secara autonomi atau separa autonomi. Robot berdaya AI boleh belajar daripada pengalaman, menyesuaikan diri dengan situasi baharu dan melaksanakan tugas yang secara tradisinya memerlukan campur tangan manusia.
autonomyautonomiSains PolitikPolitik PerbandinganStatus berkerajaan sendiri yang wujud di sesebuah wilayah atau masyarakat tanpa penguasaan kerajaan pusat. Konsep ini menjelaskan bahawa sesebuah negeri atau wilayah dalam sesebuah negara mempunyai hak persendirian untuk menguruskan hal-ehwal pentadbirannya. Wilayah ini mengurus sendiri bidang yang dikuasai seperti perundangan, pertanian, sumber alam, kerajaan tempatan dan sebagainya dengan peraturannya sendiri. Autonomi sesebuah wilayah disahkan melalui perlembagaan atau perjanjian dengan kerajaan pusat dan perjanjian ini perlu dihormati. Contohnya, Malaysia sebagai sebuah negara yang terbentuk daripada gabungan beberapa buah negeri yang memperuntukkan setiap negeri mempunyai autonominya sendiri dalam bidang tertentu.
12345678910...

Kembali ke atas