| byssinosis | bisinosis | Kimia | Forensik | Penyakit paru-paru yang dihidapi oleh pekerja kilang atau industri kapas. Penyakit ini disebabkan oleh tindak balas alergi terhadap debu atau kulat dalam gentian kapas, flaks, dan hem. Had pendedahan terhadap debu atau kulat tersebut ialah 0.2 mg/m3 Gejalanya termasuk sesak nafas, batuk dan nafas berdehit. Penyakit ini dapat sembuh pada peringkat awa!. Walau bagaimanapun, pendedahan selama beberapa tahun boleh menyebabkan saluran udara tersumbat, bronkitis, emfisema, dan akhirnya kegagalan paru-paru. |