| obscene material | bahan lucah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Bahan-bahan dalam bentuk visual, teks, atau audio yang bersifat jelik, jijik dan seksual yang merosakkan atau bertentangan dengan moral awam. |
| child pornography | pornografi kanak-kanak | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Bahan lucah kanak-kanak dalam bentuk visual, teks atau audio serta aktiviti yang berkaitan dengan penghasilan bahan-bahan tersebut. Penghasilan bahan ini adalah satu bentuk eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak. |
| pornographic material | bahan pornografi | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Bahan-bahan dalam bentuk visual, teks, atau audio yang menunjukkan perlakuan seksual, lucah, tidak senonoh, bertujuan meningkatkan keinginan atau nafsu seksual. |
| censorship | penapisan | Undang-undang | Tiada | Tinjauan dan pemeriksaan yang dibuat terhadap penerbitan, filem, lakonan dan sebagainya bertujuan untuk menghalang penyebaran atau pengeluaran bahan-bahan yang boleh dikira sebagai tidak bermoral, lucah, cabul atau membahayakan keselamatan. |
| pornography | pornografi | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Bahan dalam bentuk visual, teks, atau audio yang menunjukkan perlakuan seksual, lucah, tidak senonoh, bertujuan meningkatkan keinginan atau nafsu seksual serta aktiviti yang berkaitan dengan penghasilan bahan-bahan tersebut. |
| online pornography | pornografi dalam talian | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Bahan dalam bentuk visual, teks, atau audio yang menunjukkan perlakuan seksual, lucah, tidak senonoh, bertujuan meningkatkan keinginan atau nafsu seksual serta aktiviti yang berkaitan dengan penghasilan bahan-bahan tersebut yang berlaku dalam talian. Sinonim pornografi internet. |
| talaf shar‘i | kerosakan diharuskan syarak | Perniagaan Islam | Tiada | Kerosakan yang berlaku terhadap barangan, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian yang dibenarkan oleh syarak. Contohnya, tindakan pihak berkuasa memusnahkan barangan rampasan seperti mesin judi, cakera padat lucah dan bahan cetak rompak. |