| Inceptisol | Inceptisol | Geologi | Tiada | Order tanih yang bahan-bahannya selain karbonat atau silika amorf, terubah atau dipindahkan dari horizon pedogenik. |
| step penetrometer | penetrometer bertangga | Kejuruteraan | Tiada | Penetrometer yang bahannya sama dengan spesimen kajian, mempunyai julat langkah daripada 1 hingga 5 peratus ketebalan spesimen. |
| kidung | kidung | Kesusasteraan | Puisi | Nyanyian atau lagu yang bahannya diambil daripada syair atau bentuk-bentuk puisi yang lain. Lazimnya sesuatu kidung yang dilagukan mengandungi atau menggambarkan sesuatu perasaan. |
| step-wedge penetrometer | penetrometer baji jenjang | Kejuruteraan | Tiada | Penetrometer yang bahannya sama dengan spesimen kajian, mempunyai julat langkah daripada 1 hingga 5 peratus ketebalan spesimen. |
| cheque book journalism | kewartawanan sogokan | Komunikasi | Tiada | Penulisan berita, yang bahannya diperoleh daripada sesuatu sumber setelah memberi ganjaran tertentu. |
| basketry | anyaman bakul | Kesenian | Tiada | Kraftangan dalam bentuk anyaman yang bahan-bahannya adalah buluh atau rotan. |
| copyright fee | bayaran hak cipta | Perpustakaan | Tiada | Bayaran yang dibayar kepada pemegang hak cipta untuk mendapatkan kebenaran menggunakan bahannya bagi tujuan tertentu. |
| AN hardware | perkakasan AN | Kejuruteraan Kapal Terbang | Tiada | Perkakasan piawai seperti nat, bolt, sesondol dan sebagainya yang reka bentuk bahannya telah diluluskan oleh Angkatan Tentera Laut dan Udara Amerika Syarikat bagi kegunaan pesawat awam dan tentera. |
| acoustic board | bod akustik | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Bod yang mempunyai ketumpatan yang rendah serta kadar serapan bunyi yang baik. Bahannya terdiri daripada liang-liang untuk menghasilkan serapan resonan. |
| relic | relik | Geologi | Tiada | 2. Bentuk bumi yang tinggal utuh selepas pereputan atau penyepaian atau yang tinggal selepas lenyapnya bahagian utama bahannya. 3. Bekas sesuatu zarah di dalam batuan endapan, contohnya surihan serpihan fosil. |