Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bahasa yg digunakan oleh manusia dlm keadaan semula jadi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tabii (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan sifat semula jadi, sifat alamiah.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
penjanaan bahasa tabiinatural language generationKecerdasan BuatanKomunikasiSubbidang pemprosesan bahasa tabii (NLP) yang bertumpu pada pembangunan sistem AI yang mampu menjana teks atau pertuturan secara automatik. Proses ini menggunakan teknik NLP untuk memanipulasi data, fakta atau maklumat berstruktur kepada bahasa tabii yang koheren, relevan daripada segi konteks dan tatabahasa, seolah-olah ia ditulis atau dituturkan oleh manusia. Contoh aplikasi yang menggunakan teknologi ini untuk berkomunikasi dengan manusia ialah bot sembang, pembantu maya dan soal jawab. Lihat juga pemahaman bahasa tabii, pemprosesan bahasa tabii.
natural language understandingpemahaman bahasa tabiiKomputerTiada1. Subbidang penyelidikan kecerdasan buatan yang berkaitan dengan masalah membentuk perisian komputer yang dapat memahami bahasa tabii manusia dan dengan demikian membolehkan komputer berkomunikasi dengan manusia dalam bahasa tabii. 2. Proses memahami kandungan dan bentuk bahasa tabii manusia dengan menggunakan komputer. Singkatan NLU.
pemahaman bahasa tabii (NLU)natural language understanding (NLU)Kecerdasan BuatanKomunikasiSubbidang pemprosesan bahasa tabii (NLP) yang menumpukan kepada pembangunan sistem AI yang dapat mentafsir dan memahami input bahasa tabii mengikut konteks. NLU membolehkan mesin mengekstrak maklumat bermakna daripada teks atau pertuturan manusia yang tidak berstruktur, termasuk mengenal pasti maksud, niat dan hubungan semantik dalam ujaran.
natural language processingpemprosesan bahasa tabiiKomputerTiada1. Subbidang penyelidikan kecerdasan buatan yang berkaitan dengan masalah membentuk perisian komputer yang dapat memproses bahasa tabii manusia. 2. Tindakan memproses bahasa tabii manusia dengan menggunakan komputer. Singkatan NLP.
natural language interfaceantara muka bahasa tabiiTeknologi MaklumatTiadaAntara muka atur cara aplikasi atau Sistem Pengurusan Sistem Maklumat (SPSM), yang membolehkan pengguna menulis pertanyaan dalam sesuatu bahasa tabii.
pemprosesan bahasa tabii (NLP)natural language processing (NLP)Kecerdasan BuatanKomunikasiSub-bidang kecerdasan buatan yang tertumpu kepada pembangunan sistem yang membolehkan komputer dapat berinteraksi dengan manusia dan/atau ejen perisian yang melibatkan pembangunan alkhwarizmi dan model bagi membolehkan komputer memahami, menjana dan memanipulasi bahasa tabii.
terjemahan mesinmachine translationKecerdasan BuatanKomunikasiProses automatik yang menggunakan kaedah pengkomputeran dan alkhwarizmi AI untuk menterjemahkan teks atau pertuturan daripada satu bahasa tabii ke bahasa tabii yang lain. Sistem ini menganalisis struktur dan makna bahasa sumber sebelum menjana terjemahan dalam bahasa sasaran secara pantas dan berskala. Contoh aplikasi terjemahan mesin ialah Google Translate, Microsoft Translator dan ChatGPT Translator.
pembantu peribadi cerdasintelligent personal assistantKecerdasan BuatanPerkhidmatanAplikasi yang menggunakan AI, pemprosesan bahasa tabii (NLP) dan teknik pembelajaran mesin untuk membantu pengguna melaksanakan pelbagai tugas seperti menggelintar maklumat di Internet, mencatat nota dan menghantar mesej yang diperibadikan. Pembantu ini direka bentuk untuk memahami arahan atau soalan dalam bahasa tabii dan memberikan respons yang berkaitan atau melaksanakan tindakan tertentu bagi pihak pengguna. Contoh pembantu peribadi cerdas termasuk Siri (Apple), Google Assistant (Google) dan Amazon Alexa (Amazon). Sinonim ejen peribadi.
soal jawabquestion answeringKecerdasan BuatanKomunikasiAplikasi AI berasaskan pemprosesan bahasa tabii (NLP) dan dapatan semula maklumat yang mampu memahami soalan yang dikemukakan pengguna serta memberikan jawapan yang relevan dalam domain pengetahuan yang ditetapkan. Sistem soal jawab mentafsir soalan, mengenal pasti dan mengekstrak maklumat yang berkaitan daripada pangkalan pengetahuan atau korpus teks, dan seterusnya menjana respons yang ringkas, tepat dan dinyatakan dalam bahasa tabii. Aplikasi ini membolehkan interaksi manusia�komputer secara berasaskan perbualan atau pertanyaan, dan digunakan dalam pelbagai bidang seperti perubatan, insurans dan pelancongan.
perbualan AIconversational AIKecerdasan BuatanKomunikasiTeknologi yang membolehkan mesin atau perisian memahami input bahasa tabii dan menjana respons secara automatik dalam pelbagai bentuk seperti teks, suara, video atau gerak isyarat untuk berinteraksi dengan manusia. Teknologi ini digunakan dalam aplikasi seperti bot sembang, ejen maya dan pembantu peribadi digital. Perbualan AI memanfaatkan data serta kaedah daripada pembelajaran mesin, pemprosesan bahasa tabii (NLP) dan AI generatif bagi meniru cara manusia berkomunikasi secara semula jadi.
12345

Kembali ke atas