Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata barulah

Puisi
 

Tinggi-tinggi matahari,
     Tinggi lagi bulan purnama;
Sungguh lama saya mencari,
     Barulah berjumpa sahabat menjelma.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Ditumbuk dikisar barulah lumat.

Bermaksud :

Hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh hati untuk memperoleh sesuatu barang yang dikehendaki.

 

Lihat selanjutnya...(13)

456

In for a penny, in for a pound

Sesuatu pekerjaan atau tindakan yang sudah dimulakan hendaklah diteruskan sehingga sempurna maksudnya atau tercapai hasilnya.

Ditumbuk dikisar barulah lumat

I begin to doubt the wisdom of my chosen course of action, but in for a penny, in for a pound. I am willing to sacrifice my money and face the risk because it is more dangerous to turn back than to go on.

Aku mula ragu-ragu akan kewajaran tindakan aku ini, tetapi ditumbuk dikisar barulah lumat. Aku sanggup mengorbankan wang ringgit dan menghadapi risiko kerana lebih berbahaya jika aku berpatah balik daripada meneruskan sahaja tindakan aku itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
akhyanaakhyanaKesusasteraanTiadayang didahului dengan cerita masa sekarang untuk menceritakan watak masa lampau kemudian barulah diperkenalkan watak cerita masa sekarang.
reserve cellsel simpananTeknikElektrikSel sekunder yang semua unsurnya dibiarkan kering. Apabila hendak digunakan barulah elektrolit diisikan ke dalam sel.
tabulated altitudealtitud berjadualMatematikTiadaAltitud jasad samawi, seperti yang diambil secara langsung daripada jadual altitud terkira, sebelum penentudalaman dibuat. Selepas dibuat pembetulan, maka barulah ia menjadi altitud terkira.
bored pilecerucuk gerekKejuruteraanKejuruteraan BangunanCerucuk yang dihasilkan dengan cara menggerudi lubang di dalam tanah sehingga ke aras yang diperlukan. Tanah dikeluarkan dan tetulang keluli dipasangkan dan barulah dituangkan konkrit ke dalamnya.
substationpencawangTeknikElektrikBinaan peralatan dalam sistem kuasa elektrik yang meninggikan atau merendahkan voltan (tenaga elektrik) dari stesen penjana atau menukarkan voltan arus ulang-alik menjadi arus terus. Dari sini barulah bekalan dihantar ke sesuatu kawasan, bandar atau kilang.
axillary meristemmeristem aksilBotaniTiadaMeristem yang terletak di bahagian aksil daun dan berupaya menjana tunas aksil. Walaupun meristem ini berpotensi untuk aktif membahagi, tetapi selalunya hanya apabila kedominanan apeks tumbuhan dihapuskan barulah meristem ini aktif dan membentuk tunas aksil.
data entry deviceperanti kemasukan dataTeknologi MaklumatTiadaPeranti khusus yang digunakan untuk menginput data. Data yang telah dimasukkan akan disimpan di dalam storan sekunder seperti pita magnetik dan disket. Setelah semua data ditaip, barulah data tersebut dimasukkan ke dalam komputer secara kelompok. Peranti ini digunakan dalam era komputer kerangka dan minikomputer. Peranti ini tidak banyak digunakan pada masa sekarang. Lihat peranti input.
flowable suspension (F)ampaian teralirkan (F)BiologiPatologiPerumusan pestisid yang sukar larut dalam air. Masalah ini diatasi dengan cara melarutkannya terlebih dahulu dengan sedikit air dan dengan bahan tertentu, misalnya tanah liat hingga homogen. Setelah itu barulah pestisid ini boleh dilarutkan dalam air.
latent learningpembelajaran terpendamPsikologiPsikologi UmumProses pembelajaran yang tidak memperlihatkan tingkah laku nyata dengan segera. Contohnya, kanak-kanak yang selalu melihat bapanya mengetatkan skru almari tidak akan dengan serta merta melakukannya sehinggalah selepas beberapa tahun berlalu barulah kanak-kanak itu yang mungkin sudah remaja atau dewasa boleh mengetatkan skru almari rumahnya dengan baik. Para pengkaji mendapati sukar untuk menentukan sesuatu yang diperoleh individu semasa pembelajaran terpendam tetapi begitu pasti bahawa individu sudah dapat memahami tentang respons yang akan dilakukan akibat daripada pemerhatian tersebut.
the corridor of poweranjung kuasaSains PolitikPolitik PerbandinganKedudukan yang menghampiri jawatan kepimpinan tertinggi sesebuah negara seperti presiden atau perdana menteri. Bagi menduduki jawatan ini, seseorang pemimpin perlu melalui pelbagai peringkat persaingan atau pemilihan dan setelah berjaya mengharunginya barulah dianggap berada di anjung kuasa. Contohnya pada tahun 2002, Abdullah Ahmad Badawi dapat dianggap sebagai berada di anjung kuasa apabila Dr. Mahathir Mohamed mengisytiharkan mahu bersara.
12

Kembali ke atas