| bond | ikatan | Kesenian | Seni Bina | Cara susunan batu bata pada dinding atau struktur bangunan lain seperti rasuk, lantai, tiang, jenang tingkap atau jenang pintu. Terdapat pelbagai kaedah susunan batu bata bagi menguatkan ikatan batu bata tersebut menurut kaedah asal masyarakat yang mengamalkannya seperti susunan sisi, susunan Inggeris, susunan Fleming dan sebagainya. Bagi menguatkan ikatan antara batu bata, lazimnya digunakan jaring dawai pada setiap empat lapisan menegak batu bata, sementara bagi menguatkan ikatan atau pegangan struktur bangunan terhadap batu bata, kepingan logam digunakan sama ada berbentuk ekor ikan� bentuk L dan sebagainya, bergantung pada tahap kekuatan pegangan yang diperlukan. |
| brick construction | binaan batu bata | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bangunan yang sebahagian besarnya diperbuat daripada batu bata dan konkrit. |
| brick veneer construction | binaan venir batu bata | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Merupakan bangunan yang dinding luarnya dibuat daripada papan dengan lapisan dalamnya dibuat daripada batu bata. |
| course | lapis | Kesenian | Seni Bina | 1. Ketebalan melintang dalam kerja batu bata yang dikira bagi seunit tebal batu bata tersebut. 2. Bahagian nipis yang terdapat di permukaan atas sesuatu lantai, dinding dan jubin. |
| bond | ikatan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | 1. Daya rekatan di antara mortar dengan batu bata atau di antara permukaan tetulang keluli dengan konkrit di sekelilingnya; 2. Susunan batu bata. |
| brickwork | kerja batu bata | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
| brickwork | kerja batu bata | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
| dilapidated brick wall effect | kesan dinding batu bata usang | Perubatan | Tiada | Gambaran histologi sel epitelium dalam penyakit pemfigus kekeluargaan benigna kronik, dan hubungan antara sel-sel terkekal walaupun terdapat akantolisis. |
| chamfered | serongan | Kesenian | Seni Bina | Bentuk bucu elemen binaan seperti batu bata yang diserongkan, biasanya pada potongan 45�, atau dilengkokkan untuk kemasan yang lebih cantik. |
| firestop | penghenti kebakaran | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Sesekat daripada kayu atau batu bata yang digunakan untuk menutup bukaan di antara gelegar dan rasuk dalam kerangka pelantar dengan tujuan untuk melambatkan perebakan api melalui bukaan-bukaan tersebut. |