Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beethoven


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
triple concertokonserto tripelMuzikTiada

 Konserto yang dihasilkan untuk tiga buah alat solo dengan orkestra. Contohnya, Triple Concerto, C major, Op. 56 (1805) oleh Beethoven untuk violin solo, celo solo, piano dan orkestra.

rescue operarescue operaMuzikTiada

Opera jenaka yang popular di Paris pada awal abad ke-19. Ceritanya tentang seorang pahlawan yang diselamatkan daripada satu peristiwa buruk atau pengalaman yang dahsyat. Contohnya, Fidelio, Op. 72a (1814) oleh Beethoven.

conterdanseconterdanseMuzikTiada

Tarian berkumpulan di Perancis pada akhir abad ke-18. Contradanse adalah dalam meter dupel dan boleh juga dikaitkan dengan tarian desa di England. Contohnya, 12 Kontretanze, WoO 14 (1802) bagi orkestra oleh Beethoven.

bagatellebagatelleMuzikTiada

Tajuk bagi muzik perwatakan piano solo. Bagatelle biasanya mengandungi dua bahagian, iaitu setiap bahagiannya mempunyai tempo dan keadaan perasaan atau fikiran yang berbeza. Contohnya, Bagatelle, No. 4 A major, Op. 33 (1801-1802) oleh Beethoven.

equaleequaleMuzikTiada

 1.     Karya ringan bagi ensembel trombon. Equale bersuasana sedih dan biasanya digunakan dalam upacara pengebumian. Contohnya, 3 Equali for 4 trombones, WoO 30 (1812) oleh Beethoven.


cyclic/cyclicalsiklusMuzikTiada

Bentuk muzik yang terdiri daripada beberapa gerakan muzik seperti simfoni dan sonata. Dalam karya muzik jenis ini, dua atau lebih gerakan muzik menggunakan bahan muzik yang sama. Contohnya, Symphony, No. 5, C minor, Op. 67 (1807-1808) oleh Beethoven dan Symphonie Fantastique, Op. 14 (1830) oleh Berlioz.

symphonysimfoniMuzikTiadaKarya orkestra yang merupakan genre utama bagi komposer Zaman Klasik. Istilah sinfonia berasal daripada perkataan La­tin, iaitu symphonia. Simfoni muncul pada awal Zaman Kla­sik dan berkembang hingga akhir Zaman Romantik. Simfoni biasanya mengandungi tiga atau empat gerakan muzik seperti allegro, adagio, menuet atau scherzo, dan presto. Bentuk mu­zik yang digunakan dalam pengkaryaan sebuah simfoni pada Zaman Klasik dan Zaman Romantik ialah bentuk sonata, biner, ternari, rondo, variasi dan sonata rondo. Komposer utama untuk genre ini seperti Haydn, Mozart, Beethoven, Schubert dan Brahms. Lihat juga muzik mutlak.
missa pro defunctismissa requiemMuzikTiadaMissa untuk orang yang telah meninggal dunia. Kandungan teks bagi gubahan jenis ini biasanya merangkumi gerakan atau bahagian seperti introit (Requiem aeternam), kyrie, graduate (Requiem aeternam) dan tract (Absolve, Domine), sequence (Dies Irae, dies ilia), offertory (Domine Jesu Christe), sanctus dan benedictus, agnus dei, communion (Lux aeterna luceat eis,Domine), dan responsory (Libera me). Teks missa requiem biasanya dalam bahasa Latin atau bahasa Jerman. Gubahan muzik berdasarkan teks missa requiem ini dipelopori Ockeghem sekitar tahun 1470. Semenjak abad ke-16, beratus-ratus karya requeim telah dihasilkan. Palestrina, J.C. Bach, Cherubini, Verdi, Berlioz dan Beethoven adalah antara komposer yang telah menghasilkan karya jenis ini. Contoh karya adalah seperti Requiem Mass D minor, K. 626 (1791) oleh Mozart, Ein Deutsches Requiem, Op.45 (1868) oleh Brahms, dan War Requiem (1961) oleh Britten.
troppotroppoMuzikTiada

Troppo bermaksud terlalu banyak dan keterlaluan. Contohnya, allegro ma non troppo yang bermaksud bertenaga tetapi tidak keterlaluan daripada bahagian pembukaan Sonata G major, Op. 49, No. 2 oleh Beethoven.

classicismklasisismeMuzikTiada

 Aliran muzik pada tahun 1750-1825. Genre muzik utama termasuk simfoni, konserto, opera, muzik kamar dan sonata. Bentuk muzik, tonaliti dan struktur frasa aliran ini berdasarkan konsep simetri dan bertekstur homofoni. Bentuk sonata, menuet dan trio, variasi dan rondo merupakan bentuk muzik utama dalam aliran ini. Komposer utama ialah Haydn, Mozart dan Beethoven.

12

Kembali ke atas