| quasi-sovereign unit | unit separa berdaulat | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kawasan atau badan yang belum sepenuhnya berdaulat kerana masih tidak mendapat persetujuan antarabangsa untuk mengiktirafnya sebagai satu badan atau wilayah yang sah. Wilayah yang sedang berjuang seperti Taiwan, Chehnya dan Catalina (berdekatan Kanada) dianggap sebagai separa berdaulat. Mereka ini masih belum mendapat pengiktirafan antarabangsa seperti PBB dan juga dari pemerintah pusat yang mendominasinya. |
| sovereign power | kuasa berdaulat | Sains Politik | Politik Perbandingan | Lihat autoriti berdaulat. |
| sovereign state | negara berdaulat | Sains Politik | Politik Perbandingan | Negara yang merdeka, bebas daripada penguasaan luar, berupaya memerintah sendiri dan dihormati oleh negara lain. Negara ini memiliki kuasa sendiri terhadap pemerintahannya dan merupakan lambang kedaulatan yang utama. Negara berdaulat ini bebas melaksanakan dasar dalam dan luar negaranya dan membuat hubungan diplomatik dengan negara lain. Negara berdaulat banyak muncul di Asia dan Afrika selepas Perang Dunia Kedua. Contohnya Malaysia, India dan Indonesia. |
| sovereign authority | autoriti berdaulat | Sains Politik | Politik Perbandingan | Autoriti pemerintah yang absah, merdeka, bebas daripada penguasaan luar, berupaya memerintah sendiri dan dihormati oleh pihak lain sama ada dar dalam dan luar negeri. Autoriti ini dimiliki oleh pemerintah dan merupakan lambang kedaulatan yang utama. Kedudukan autoriti yang berdaulat ini memberi pemerintah itu satu hak yang bebas untuk menyusun pentadbiran negaranya, sistem ekonomi sendiri serta melaksanakan dasar dalam dan luar negaranya. Autoriti berdaulat ini tidak wujud dalam pemerintahan yang dikuasai oleh pihak asing seperti kedudukan pemerintah boneka Iraq setelah dicerobohi oleh Amerika Syarikat pada pascaperang Iraq pada tahun 2003. Sinonim kuasa berdaulat. |
| quasi-international | separa antarabangsa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Hubungan antara sebuah negara berdaulat dengan sebuah wilayah lain yang masih kabur taraf kedaulatannya di peringkat antarabangsa. Ini berbeza dengan hubungan antara dua negara berdaulat yang dikenali sebagai hubungan antarabangsa. Contohnya, hubungan negara Jepun dengan Taiwan merupakan separa antarabangsa kerana Taiwan belum mendapat taraf kedaulatan di peringkat antarabangsa. |
| AI berdaulat | sovereign AI | Kecerdasan Buatan | Etika dan Falsafah | Keupayaan sesuatu negara dalam menghasilkan dan mengurus tadbir sistem AI dengan menggunakan infrastruktur, data, sumber manusia dan rangkaian perniagaan tempatan secara bebas dan merdeka tanpa bergantung kepada sistem negara lain serta mengikut nilai kebudayaan sesebuah negara. Di Malaysia, antara usaha ke arah AI berdaulat termasuk pembangunan Kamus Kecerdasan Buatan, LLM Bahasa Melayu, Garis Panduan Kebangsaan Tadbir Urus dan Etika Kecerdasan Buatan, serta penubuhan National AI Office (NAIO). Sinonim kedaulatan AI. |
| sovereign risk | risiko berdaulat | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
| sovereign guarantor | penjamin berdaulat | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
| sovereign power | kuasa berdaulat | Sains Politik | Tiada | Tiada |
| sovereign state | negara berdaulat | Sains Politik | Tiada | Tiada |