| streak plate | plat coretan | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Teknik untuk menghitung mikrob berdaya hidup dengan mengira bilangan sel berdaya hidup yang membentuk koloni dalam atau di atas permukaan medium agar-agar. Untuk menyediakan plat ini, medium agar-agar dimasukkan ke dalam piring petri steril dan dibiarkan beku serta kering. Inokulum dicoret pada permukaan agar-agar dengan menggunakan gelung inokulasi. |
| pour plate | plat curahan | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Teknik untuk menghitung mikrob berdaya hidup dengan mengira bilangan sel berdaya hidup yang membentuk koloni dalam atau atas permukaan medium agar-agar. Untuk menyediakan plat ini, inokulum dimasukkan ke dalam piring petri steril, diikuti dengan medium agar-agar yang masih cair. Campuran ini kemudiannya disebatikan, dibiarkan beku, dan dieram dalam keadaan terbalik pada suhu yang dikehendaki. |
| robot berdaya AI | AI enabled robots | Kecerdasan Buatan | Penyepaduan dan Interaksi | Robot yang menggabungkan teknologi AI untuk meningkatkan keupayaannya. Robot ini dilengkapi dengan penderia, pemproses dan alkhwarizmi yang membolehkan robot tersebut melihat persekitaran, membuat keputusan dan berinteraksi secara autonomi atau separa autonomi. Robot berdaya AI boleh belajar daripada pengalaman, menyesuaikan diri dengan situasi baharu dan melaksanakan tugas yang secara tradisinya memerlukan campur tangan manusia. |
| standard plate count | kiraan plat standard | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Kaedah yang sering digunakan untuk mengira mikrob berdaya hidup melalui hitungan langsung bilangan sel berdaya hidup yang membentuk koloni, sama ada di dalam atau di atas permukaan plat agar-agar. Setiap sel atau koloni yang terbentuk dianggap mewakili progeni satu sel. Kaedah ini dapat memberikan beban atau bilangan sebenar sel hidup yang terdapat di dalam sesuatu makanan. Kaedah ini juga dapat menunjukkan jenis mikroorganisma yang ada, terutamanya apabila dikulturkan di atas medium pemilih yang bersesuaian. |
| sistem berdaya AI | AI enabled system | Kecerdasan Buatan | Penyepaduan dan Interaksi | Sistem komputer yang bergantung pada teknologi AI untuk melaksanakan tugas yang menyerupai kecerdasan manusia atau inspirasi-bio seperti meniru pembelajaran dan penyelesaian masalah. Contohnya, kereta swa-pandu yang menggunakan alkhwarizmi AI untuk membuat keputusan masa-nyata seperti membrek, membelok, menukar laluan dan berhenti sehingga sampai ke destinasi dengan selamat. Lihat juga kecerdasan buatan, sistem AI. |
| analitik berdaya AI | AI enabled analytics | Kecerdasan Buatan | Perkhidmatan | Proses analitik yang menggunakan teknik AI untuk meningkatkan ketepatan, kecekapan dan kelajuan pembuatan keputusan. Contohnya, sistem pelaburan kewangan yang memilih kaunter pelaburan berdasarkan portfolio pengguna dengan menggunakan model pembelajaran mendalam. Lihat juga analitik data. |
| absorptive | berdaya serap | Fizik | Tiada | Tiada |
| absorptive | berdaya serap | Kimia | Tiada | Tiada |
| viable | berdaya hidup | Perubatan | Tiada | Berupaya untuk hidup, terutamanya merujuk pada fetus yang telah mencapai tahap perkembangan apabila ia berkeupayaan untuk hidup di luar rahim. |
| nonviable | tak berdaya hidup | Kependudukan | Tiada | Tiada |