| tractive resistance | rintangan tarik | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Rintangan yang mengurangkan kuasa tarikan sesebuah kenderaan bergerak ke depan, contohnya geseran antara roda dengan rel, tekanan udara dan lain-lain. |
| antegrade | antegred | Perubatan | Tiada | 1. Bergerak ke depan. 2. Memanjang ke arah bahagian depan. |
| in media res | in medias res | Kesusasteraan | Tiada | Teknik memulakan cerita di tengah-tengah oleh pengarang dalam naratif. Teknik ini berbeza dengan kebanyakan naratif yang memulakan cerita di permulaan. Teknik ini membolehkan pengarang bergerak ke depan dan menyorot ke belakang cerita untuk memberikan maklumat yang perlu di tempat yang sesuai untuk menyampaikan cerita. Teknik bertujuan untuk menarik perhatian khalayak secara serta-merta, khususnya jika sesuatu peristiwa yang dipersembahkan sangat menarik atau mengejutkan. In medias res digunakan dalam semua genre, tetapi lumrahnya dikaitkan dengan puisi epik. In medias res berasal daripada perkataan Laitn yang bermaksud �di tengah-tengah sesuatu�. Lihat juga epik, imbas kembali. |
| positive-displacement meter | meter anjakan positif | Kejuruteraan | Tiada | Sinonim: meter isi padu. Peranti pengukuran kadar alir bendalir yang mengalir di dalam sistem atau paip tempat peranti tersebut dipasang, iaitu digunakan sebagai meter aliran. Pengukuran dilakukan berdasarkan konsep sesaran atau anjakan bendalir, iaitu dengan mengisi dan mengosongkan kebuk yang mempunyai isi padu tertentu. Anjakan atau sesaran bendalir tersebut dilakukan dengan menggunakan omboh yang bergerak ke depan dan ke belakang, omboh berayun, bilah berputar, tangki yang secara automatik boleh diisi dan dikosongkan, dan sebagainya. |
| anterograde | anterogred | Perubatan | Tiada | 1. Bergerak atau berlangsung ke depan. 2. Memanjang ke depan. |
| side running | larian sisi | Sukan | Tiada | Perbuatan berlari dengan bergerak ke arah sisi dalam keadaan muka memandang ke arah depan. |
| perantaian ke depan | forward chaining | Kecerdasan Buatan | Taakulan | Kaedah penaakulan yang bergerak daripada nod awal kepada nod akhir atau nod gol. Banding perantaian ke belakang. |
| forehand drive | pukul kencang depan | Sukan | Tiada | 1. Pukul kencang depan: Pukulan yang dibuat dengan pemain berdiri di tengah-tengah gelanggang, dan bulu tangkis dipukul kuat dan mendatar supaya melepasi jaring serendah mungkin dan bergerak ke arah bahagian depan gelanggang. |
| perantaian ke belakang | backward chaining | Kecerdasan Buatan | Taakulan | Kaedah penaakulan yang bergerak daripada nod akhir atau nod gol kepada nod awal. Banding perantaian ke depan. |
| regression of the nodes | regresi nod | Matematik | Tiada | Jasad samawi itu mungkin tidak akan melintasi satah rujukan pada titik yang sama setiap masa. Garis nodnya akan bergerak perlahan-lahan sama ada ke depan ataupun ke belakang di sekeliling satah orbit, yakni dalam arah yang sama ataupun berlawanan dengan arah jasad. |