| nursing bottle caries | karies botol susuan | Pergigian | Tiada | Kejadian karies yang meluas pada gigi kanak-kanak termasuk kawasan yang jarang berkaries disebabkan pemberian minuman bergula dalam botol. Pemberian ini untuk menenangkan atau menidurkan kanak-kanak dengan membiarkan botol susu di dalam mulutnya. Kejadian ini juga boleh dikaitkan dengan pemberian makanan atau minuman bergula yang berlebihan. Jenis rawatan yang diberikan bergantung kepada umur kanak-kanak tersebut dan juga status kedalaman karies tersebut. Karies botol susuan mungkin memerlukan cabutan keseluruhan gigi yang terlibat jika terlampau dalam. Sekiranya masih boleh diselamatkan, rawatan kecemasan berbentuk pengekskavatan karies dan tampalan sementara boleh dijalankan. Sinonim karies rampan |
| cariogenic food | makanan kariogenik | Pergigian | Tiada | Makanan bergula yang boleh menyebabkan terjadinya karies sekiranya berada di sekitar atau pada struktur gigi dalam tempoh yang panjang. Tindak balas antara bakteria dengan gula akan menghasilkan asid yang akan mendemineralisasikan tisu enamel sehingga terbentuk rongga yang dinamakan karies. |
| placebo | plasebo | Psikologi | Psikologi Umum | Bahan yang menyerupai dadah tertentu tetapi tidak mempunyai kesan kimia. Plasebo biasanya berupa pil yang bergula atau salinus, boleh memberi kesan sekiranya individu berkenaan percaya bahawa bahan tersebut boleh membawa kesan. Contohnya, air garam yang disuntik kepada pesakit dalam satu eksperimen didapati mengurangkan kesakitan seperti penggunaan morfin. Plasebo didapati mempengaruhi kesakitan, kebimbangan, kemurungan, kewaspadaan, ketegangan dan kebangkitan nafsu seksual. |
| nursing bottle caries | karies botol susuan | Perubatan | Tiada | Karies yang muncul dengan tiba-tiba dan berkembang cepat dengan penglibatan pulpa dan biasanya berpunca dari tabiat meminum minuman bergula atau susu dari dalam botol susuan. |