| alkhwarizmi berinspirasi-Bio | Bio-inspired algorithms | Kecerdasan Buatan | Perancangan | Alkhwarizmi yang direka bentuk dengan mengambil inspirasi daripada hukum alam yang berasaskan prinsip biologi dengan mensimulasi kelakuan organisma biologi, menterjemah kepada model matematik dan pseudokod. Terdapat 2 kategori utama alkhwarizmi berinspirasi-Bio, iaitu alkhwarizmi berasaskan evolusi atau alkhwarizmi berasaskan kelakuan kerumunan, yang digunakan dalam masalah pengoptimuman dan pembelajaran mesin. Contohnya, alkhwarizmi genetik, pengoptimuman kerumunan zarah dan alkhwarizmi kelawar. |
| alkhwarizmi genetik | genetic algorithm | Kecerdasan Buatan | Perancangan | Alkhwarizmi berinspirasi-Bio yang meniru proses evolusi biologi kromosom dengan menggunakan kaedah secara pilihan, pindah silang dan mutasi untuk menghasilkan kromosom yang baru. Alkhwarizmi genetik ini bermula dengan menjana populasi awal secara rawak dan berevolusi menggunakan kaedah tersebut bagi menghasilkan generasi baru seperti penjanaan set genetik baru. Proses ini berulang sehingga menghasilkan penyelesaian terbaik. Lihat juga alkhwarizmi berevolusi dan alkhwarizmi berinspirasi-Bio. |
| pengoptimuman kerumunan zarah (PSO) | particle swarm optimization (PSO) | Kecerdasan Buatan | Perancangan | Alkhwarizmi berinspirasi-Bio yang meniru tingkah laku mencari makanan haiwan berkawanan seperti burung, ikan dan semut. Sebagai contoh, pemerhatian atau dapatan mengenai lokasi makanan oleh setiap ikan dikongsikan dan ditentukan mana yang terbaik dan kemudiannya kumpulan ikan itu akan menggerumuni makanan tersebut. Varian asas alkhawarizmi PSO berfungsi dengan mempunyai populasi calon-calon penyelesaian dan menyelesaikan masalah dengan mengambil calon penyelesaian terbaik. Calon penyelesaian ini dirujuk sebagai zarah yang digerakkan dalam ruang gelintaran mengikut beberapa rumus matematik. PSO diperkenalkan oleh Kennedy dan Eberhart pada 1995. Lihat juga alkhwarizmi berinspirasi-Bio. |
| alkhwarizmi berevolusi | evolution algorithms | Kecerdasan Buatan | Perancangan | Alkhwarizmi berinspirasi-Bio yang diilhamkan daripada proses pemilihan semulajadi berasaskan evolusi biologi. Alkhwarizmi ini bermula dengan set populasi (keadaan atau nod) awal dan seterusnya generasi baru dijana secara berperingkat-peringkat dengan menggunakan kaedah secara pilihan, pindah silang dan mutasi bagi membentuk populasi baru sehingga menghasilkan penyelesaian yang terbaik. Contohnya, alkhwarizmi genetik, strategi evolusi, pengoptimuman kerumunan zarah dan pengoptimuman koloni semut. |
| pengoptimuman koloni semut (ACO) | ant colony optimization (ACO) | Kecerdasan Buatan | Perancangan | Alkhwarizmi metaheuristik yang diusulkan oleh Marco Dorigo pada tahun 1992, berinspirasi daripada tingkah laku koloni semut dalam mencari makanan dan kembali ke sarang. Alkhwarizmi ini meniru tingkah laku semut yang meninggalkan jejak feromon pada laluan yang dilalui untuk memandu semut lain memilih laluan paling baik. Jika bertambah banyak semut melalui jejak tersebut, maka akan bertambah kuat feromonnya. Dalam ACO, semut tiruan (ejen perisian) bergerak dalam ruang penyelesaian, membina laluan secara berperingkat, dan meninggalkan jejak feromon buatan pada tepi graf berpemberat. Jejak feromon buatan pada setiap tepi graf dikemas kini sepanjang iterasi untuk mencerminkan kualiti penyelesaian yang ditemui; laluan yang lebih pendek atau lebih baik akan menerima lebih banyak feromon, manakala feromon pada laluan yang kurang baik akan merosot melalui proses penyejatan. Mekanisme ini membolehkan sistem secara kolektif mencari lintasan atau penyelesaian dengan kos paling minimum. Sebagai contoh, ACO digunakan seca |