Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.lang.ga.ran] | برلڠݢرن

Definisi : 1. berlaga (kereta dll), beradu, berhantuk: sebuah motokar telah ~ dgn sebuah lori di batu 10 jalan ke Pahang; 2. = berlanggar-langgaran saling menyerang: setelah bertemu dgn kelengkapan Mengkasar lalu berperang berlanggar-langgaran; 3. tidak mengikut (adat, resam, dll), berlawanan dgn, bertentangan dgn: kalau melakukan sesuatu, janganlah sampai berlanggaran dgn undang-undang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.lang.ga.ran] | برلڠݢرن

Definisi : 1 berlanggar antara satu dgn yg lain: Kedua-dua kereta yg ~ itu telah rosak sama sekali. 2 bertentangan; bersalahan: Perbuatannya itu tidak ~ dgn adat resam kita di sini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berlanggaran


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
line or impactgaris hentamanFizikMekanik1. Garis sepunya melalui titik persentuhan yang serenjang terhadap permukaan dua jasad yang berlanggaran. Perlanggaran atau hentaman dikatakan perlanggaran hentaman terus, jika halaju pusat-pusat jisim jasad berkenaan sebelum perlanggaran, selari dengan garis hentaman. Jika tidak, ia dikatakan jasad yang berlanggaran itu berada di atas garis hentaman, ia dikatakan perlanggaran pusat. 2. Garis yang bertangen kepada trajektori di titik perlanggaran.

Kembali ke atas