| intitled | bernama | Undang-undang | Tiada | Tiada |
| aqd musammā | akad bernama | Perniagaan Islam | Tiada | Akad yang telah ditetapkan hukum oleh syarak berdasarkan nama akad. Contohnya, akad jual beli yang terangkum di dalamnya hukum jual beli atau akad sewa yang terangkum di dalamnya hukum sewaan. |
| ‘aqd ghair musamma | akad tak bernama | Perniagaan Islam | Tiada | Akad yang tidak ditetapkan dengan nama tertentu atau hukum yang berkaitan dengannya oleh syarak. Akad ini diwujudkan berdasarkan keperluan dan perkembangan masyarakat. Contohnya, akad tempahan, akad bai jual janji dan akad kontrak pembekalan. |
| Georgian | zaman George | Kesusasteraan | Tiada | Zaman pemerintahan empat raja bernama George di England. |
| Chippendale furniture | perabot Chippendale | Kesenian | Hiasan Dalaman | Perabot hasil rekaan pereka Inggeris bernama Thomas Chippendale (1718 - 1779). |
| Franklin stove | alat pemanas Franklin | Kesenian | Hiasan Dalaman | Alat yang dicipta oleh pereka bernama Benjamin Franklin yang menyerupai tempat unggun api di dalam rumah orang Eropah. Alat ini digunakan untuk mengekalkan tahap kepanasan yang lama di dalam rumah sewaktu musim dingin. |
| Keris Taming Sari | Keris Taming Sari | Keris | Tiada | Keris yang dimiliki oleh pendekar Jawa yang bernama Taming Sari dari Majapahit. |
| horation ode | oda horas | Kesusasteraan | Tiada | Sajak lirik Inggeris yang diilhamkan daripada lagu karya penyair rome yang bernama Horace. Dalam sajak ini, setiap stanza biasanya mempunyai bentuk dan pola meter yang sama. Sajak ini berbeza dengan sajak lirik ciptaan Pindar. Lihat juga oda. |
| Boulle marquetry | tatahan Boulle | Kesenian | Hiasan Dalaman | Teknik perhiasan tatah dalam yang diperkenalkan oleh tukang tatah Perancis bernama Andre Charles Boulle pada abad ke-17. Perhiasan tatah dalam diperbuat daripada marmar, timah, tembaga atau mutiara yang membentuk corak, reka bentuk dan gambar. |
| ujian Turing | Turing test | Kecerdasan Buatan | Etika dan Falsafah | Ujian ini dicipta oleh seorang pakar matematik dan ahli sains bernama Alan Turing pada tahun 1950. Ujian Turing ini bertujuan menguji kecerdasan sesebuah mesin. Mesin tersebut dianggap cerdas sekiranya penguji (manusia) tidak dapat mengetahui sama ada dia sedang berinteraksi dengan manusia atau mesin. Senario ujian ini melibatkan seorang penguji yang berinteraksi melalui komputer dengan dua penghuni rahsia di dalam dua bilik berasingan. Setelah selesai interaksi, penguji perlu meneka bilik mana yang penghuninya komputer dan manusia. Jika penguji meneka bilik dihuni komputer itu ialah manusia, maka komputer itu dikatakan cerdas. |